Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.khir]/[ter.a.khir] | تراخير

Definisi : paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.khir]/[ter.a.khir] | تراخير

Definisi : di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terakhir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
power pistonomboh kuasaKejuruteraan AutomotifEnjinGerakan omboh dari takat terakhir atas ke takat terakhir bawah semasa lejang kuasa.
power strokelejang kuasaKejuruteraan AutomotifEnjinPergerakan lejang dari takat terakhir atas ke takat terakhir wybawah semasa dan selepas pembakaran. Pembakaran ini mem- bebaskan tenaga dan mewujudkan tekanan tinggi yang mampu menolak omboh.
before top dead centre (BTDC)sebelum takat terakhir atas (BTDC)Kejuruteraan AutomotifEnjinKedudukan omboh sebelum mencapai takat terakhir atas yang ditentukan dalam darjah putaran aci engkol. Kedudukan ini diperlukan untuk memulakan percikan bunga api dalam proses penyalaan. Selain itu, sebelum takat terakhir atas juga diperlukan untuk menentukan operasi buka-tutup injap kawalan omboh. Singkatan BTDC. Banding selepas takat terakhir atas.
clausulasuku kata terakhirKesusasteraanPuisiSuku kata yang terdapat pada perkataan terakhir dalam setiap baris. Dalam serangkap pantun empat kerat, khalayak akan dapat melihat suku kata akhir ini sebanyak empat kali. Walau bagaimanapun dalam puisi moden suku kata terakhir bergantung kepada jumlah baris yang terkandung dalam rangkap tersebut. Contohnya, seperti pantun di bawah. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; Bukalah surat dari lipatan, Lihatlah pantun bahasa Melayu.
after top dead centre (ATDC)selepas takat terakhir atas (ATDC)Kejuruteraan AutomotifEnjinKedudukan omboh selepas mencapai takat terakhir atas yang ditentukan dalam darjah putaran aci engkol. Banding sebelum takat terakhir atas.
displacementsesaranKejuruteraan AutomotifEnjinIsi padu yang dihasilkan oleh gerakan omboh dalam silinder enjin dari takat terakhir bawah ke takat terakhir atas. Sesaran ialah jumlah isi padu udara yang mampu disedut oleh silinder enjin sebelum proses mampatan berlaku. Sesaran dikira dengan mendarabkan lejang omboh dengan luas keratan rentas lubang silinder dan biasanya diungkapkan dalam unit cc yang bermaksud sentimeter padu.
swept volumeisi padu sapuanKejuruteraan AutomotifEnjinRuang dalam silinder yang dijanakan oleh laluan omboh dari takat terakhir bawah ke takat terakhir atas. Nilai isi padu sapuan ini bersamaan dengan nilai sesaran. Sinonim isi padu sesar.
piston displacementsesaran ombohKejuruteraan AutomotifEnjinIsi padu silinder yang disesar oleh omboh semasa omboh bergerak dari takat terakhir atas hingga takat terakhir bawah.
last seat availabilityketersediaan tempat duduk terakhirPelanconganTiadaTempat duduk terakhir yang masih ada dan tersedia untuk dijual.
last survivor term assuranceinsurans hayat sementara pemandiri terakhirinsuransTiadaAmaun diinsuranskan yang dibayar semasa kematian pemandiri terakhir daripada beberapa hayat yang diinsuranskan jika kematian tersebut berlaku dalam tempoh polisi.
123456

Kembali ke atas