Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ram.pai]/[ter.am.pai] | ترامڤاي

Definisi : 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3. tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ram.pai]/[ter.am.pai] | ترامڤاي

Definisi : tidak mengenap dan tidak timbul (bkn zarah pepejal dlm cecair). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terampai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nephelometernefelometerKimiaKimia AnalisisAlat yang dapat menentukan kuantiti zarah terampai di dalam larutan dengan membandingkan cahaya terserak oleh zarah terampai sampel dengan ampaian piawai.
Brownian motiongerakan BrownFizikNanoteknologiGerakan rawak zarah halus terampai dalam bendalir, hasil pelanggaran dengan molekul bendalir yang bergerak turun naik. Zarah terampai disebabkan daya tolakan elektrostatik antara zarah tersebut. Saiz zarah ini ialah 1 nm - 1000 nm dan dapat dikesan melalui serakan cahaya. Contohnya, penyerapan bahan cemar dalam atmosfera dan penyerapan lohong dalam bahan semikonduktor.
herbal filtrationpenurasan herbaHerbaTiadaKaedah untuk mengasingkan partikel pepejal herba terampai daripada cecair ekstrak dengan cara mengalirkan larutan cecair melalui suatu bahantara. Contohnya penurasan larutan kacip fatimah untuk memisahkan hampas. Sinonim penapisan.
electrophoresiselektroforesisKimiaKimia AnalisisTeknik pemisahan yang berdasarkan penghijrahan zarah-zarah terampai (koloid) dalam medan elektrik yang bertidak sebagai penyokong dan fasa pegun.
paper electrophoresiselektroforesis kertasKimiaKimia AnalisisTeknik pemisahan yang berdasarkan penghijrahan zarah-zarah terampai (koloid) dalam medan elektrik di atas kertas yang bertindak sebagai penyokong dan fasa pegun. bd. elektroforesis, elektrokromatografi.
ice fogkabut aisMeteorologiTiadaKabut yang terdiri daripada hablur ais halus yang terampai di udara. Kabut ini mengakibatkan pengurangan ketampakan di permukaan bumi. Lihat kabut.
semensemenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanCecair keputihan yang dihasilkan dari trakus pembiakan jantan. Semen mengandungi spermatozoa yang terampai dalam rembesan kelenjar aksesori haiwan jantan yang terdiri daripada kelenjar vesikel seminal, prostat dan bulbouretra. Sinonim cairan semen.
biosorbentbioserapTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPelbagai bahan biologi berkeliangan tinggi yang boleh menyerap bahan lain. Bioserap biasanya digunakan untuk menyerap sisa logam yang terampai melalui perantaraan bendalir.

Kembali ke atas