planned industrial area | kawasan industri terancang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan terancang yang disediakan khas untuk perindustrian. |
organized crime | jenayah terancang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh sindiket atau organisasi dengan membuat persediaan dan perancangan yang pada lazimnya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Kebiasaannya, jenayah ini dilakukan dalam skala yang besar dan ada kalanya, melibatkan pasaran gelap. Contohnya, pelacuran, perjudian dan penyeludupan dadah. |
official strike | mogok terancang | Ekonomi | Tiada | Peristiwa yang dirancang sebagai satu tindakan membantah atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan. |
planned happenstance | kebetulan terancang | Psikologi | Tiada | Sudut pandangan seseorang untuk mencipta peristiwa yang mempunyai peluang tersebut tetapi bertukar menjadi peluang sebenar. |
planned development | pembangunan terancang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
planned maintenance | penyenggaraan terancang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
disorganized crime | jenayah tidak terancang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan dengan suatu organisasi jenayah atau dilakukan tanpa apa-apa persediaan. |
unofficial strike | mogok tak terancang | Ekonomi | Tiada | Peristiwa yang tidak dirancang sebagai satu tindakan membantah atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan. |
subversion | subversi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Tindakan terancang untuk melemahkan keupayaan mekanisma keselamatan suatu sistem komputer secara tersembunyi sepanjang kitar hayat pembangunan sistem komputer tersebut. Tindakan ini bertujuan untuk membenarkan capaian terlarang yang tidak boleh dikesan oleh pemilik sistem komputer pada masa akan datang. Contohnya, seorang pengatur cara menyelitkan kod atur cara secara tersembunyi untuk memberikannya pintu belakang bagi mengelak mekanisme pengesahan pengguna yang terdapat pada perisian tersebut, dalam proses pembangunan perisian. 2. Tindakan oleh pengguna hasad yang mengubah kod atur cara pada perisian sistem pengesanan pencerobohan untuk menggagalkan keupayaannya untuk mengesan pencerobohan dengan baik. |
cognitive strategy | strategi kognitif | Pendidikan | Tiada | Proses pemikiran terancang yang melibatkan pemilihan dan pengubahsuaian kognitif bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. |