therapeutic index | indeks terapeutik | Farmasi | Farmaseutik | Nisbah antara dos toksik dengan dos terapeutik. Semakin tinggi indeks terapeutik, semakin tinggi kadar selamat dos terapeutiknya. Dihitung melalui formula yang berikut: Indeks terapeutik = TD50/ED50 TD50 ialah dos toksik kepada 50% populasi dan ED50 ialah dos minimum efektif kepada 50% populasi. |
therapeutic range | julat terapeutik | Perubatan | Tiada | Julat paras ubat dalam darah yang menghasilkan kesan terapeutik tanpa mengakibatkan kesan toksik. Ubat yang mempunyai profil keselamatan yang tinggi biasanya mempunyai julat terapeutik yang lebih luas. Penggunaan ubat yang mempunyai julat terapeutik yang kecil memerlukan pemantauan yang lebih, termasuklah pemantauan terapeutik ubat (TDM). Sinonim jendela terapeutik. |
therapeutic range | julat terapeutik | Farmasi | Farmakologi | Julat paras drug dalam darah yang menghasilkan kesan terapeutik tanpa mengalabatkan kesan toksik. Drug yang mempunyai profil keselamatan yang tinggi biasanya mempunyai julat terapeutik yang luas. Penggunaan drug yang mempunyai julat terapeutik yang kecil memerlukan pemantauan yanglebih,termasuklah pemantauan terapeutik drug(TDM). |
therapeutic index | indeks terapeutik | Farmasi | Farmakologi | Ukuran tahap keselamatan sesuatu drug yang digunakan. Sesuatu drug yang memiliki indeks terapeutik yang lebih tinggi bersifat lebih selamat digunakan berbanding drug yang memiliki indeks terapeutik yang rendah. Formula pengiraan indeks terapeutik adalah seperti yang berikut: LDsoiEDso, dengan, LD = dosmaut ED = dos berkesan |
minimum effective plasma concentration | kepekatan plasma efektif minimum | Farmasi | Farmaseutik | Kadar kepekatan suatu drug yang mesti dicapai dalam plasma sebelum sebarang kesan terapeutik atau farmakologi diperoleh. Sinonim konsentrasi plasma terapeutik minimum, kepekatan plasma terapeutik minimum. |
therapeutic effect | kesan terapeutik | Perubatan | Tiada | Kesan yang bersesuaian dengan tujuan pemberian ubat. Kesan ini biasanya berkadar terus dengan dos ubat dalam julat terapeutik. Sebagai contoh, penurunan suhu badan seseorang yang demam merupakan kesan terapeutik pengambilan ubat Paracetamol. |
therapeutic window | jendela terapeutik | Perubatan | Tiada | Lihat julat terapeutik. |
therapeutic level | paras terapeutik | Perubatan | Tiada | Paras ubat dalam darah yang memberi kesan terapeutik ubat tersebut. Paras ini berbeza mengikut jenis ubat, pesakit dan indikasi penggunaan ubat. |
therapeutic effect | kesan terapeutik | Farmasi | Farmakologi | Kesan yang bersesuaian dengan tujuan pemberian drug. Kesan ini biasanya berkadar terus dengan dos drug dalam julat terapeutik. Contohnya, penurunan suhubadan seseorang yang demam merupakan kesan dikehendaki daripada pengambilan drug parasetamol. |
toxic therapeutic ratio | nisbah terapeutik toksik | Perubatan | Tiada | Nisbah paras ubat tertinggi dalam darah sebelum terhasilnya kesan toksik berbanding dengan paras minimum ubat yang dapat menghasilkan kesan terapeutik. Lebih besar nisbah ini, lebih selamat sesuatu ubat itu digunakan dan lebih besar julat dosnya. |