Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.sing]/[ter.a.sing] | تراسيڠ

Definisi : terpisah, tersisih, terpencil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.sing]/[ter.a.sing] | تراسيڠ

Definisi : terpisah dr yg lain; terpencil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terasing


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
operationally separatedterasing secara operasiPertanian OrganikTanaman Makanan-
continuously separatedterasing berterusanPertanian OrganikTanaman Makanan-
partial equilibrium analysisanalisis keseimbangan separaEkonomiTiadaAnalisis tentang suatu pasaran secara terasing, tanpa mengambil kira kesan balas terhadap pasaran lain. Misalnya, analisis keseimbangan separa bagi pasaran suatu barang menyelidik syarat-syarat pasaran tersebut dengan andaian bahawa harga barang lain diberi atau dianggap tetap. Dalam analisis tersebut kesan perubahan harga barang itu terhadap harga pasaran barang-barang lain yang berkaitan diabaikan, termasuk juga harga faktor pengeluaran.
precipitationpemendakanKimiaKimia AnalisisProses kimia atau fizik yang menghasilkan fasa pepejal yang terasing atau tidak larut dalam medium cecair. Pemendakan digunakan untuk memisahkan fasa pepejal daripada larutan akueus.
fibre bundleberkas serabutBuluhTiadaSekumpulan serabut buluh yang membentuk satu berkas vaskular yang terasing daripada vesel metaxilem dan floem oleh parenkima.
seamountgunung dasar lautSains MarinTiadaSuatu kawasan tinggi melebihi 1000 m dari dasar laut yang terpisah atau terasing dan berbentuk seperti kon.
alienorang asingSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu Iuar yang memasuki sebuah masyarakat yang mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza dengan masyarakat asalnya. Kemasukan individu ini biasanya bertujuan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh atau peniaga. Perbezaan yang wujud antara individu dengan masyarakat ini menyebabkan mereka terasing atau sukar diterima dalam masyarakat tersebut. Kesan kemasukan orang asing ini sering menimbulkan konflik sosial dan ekonomi terhadap masyarakat tersebut. Contohnya, kebanjiran pendatang Bangladesh di Malaysia.
Gestalt psychologypsikologi GestaltKesusasteraanTiadaPenggabungan yang sempurna dalam sesebuah karya. Istilah psikologi Gestalt digunakan dalam bidang kritikan sastera dan dipinjam daripada bidang falsafah German. Teori kesusasteraan Gestalt menyatakan bahawa gabungan sempurna sesuatu karya adalah lebih bernilai daripada jumlah semua bahagian yang dianalisis secara berasingan. Psikologi Gestalt menilai aksi manusia secara keseluruhan dan tidak memecahkannya kepada elemen tertentu seperti rangsangan, aksi refleks, atau sensasi. Tindakan psikologi dan mental tidak terjadi akibat elemen tersebut secara terasing tetapi terjadi apabila gabungan sempurna Gestalts dicapai melalui suatu kaitan operasi yang bersendirian dan bebas. Dalam bidang kesusasteraan, istilah Gestalt merujuk kepada gaya pengkaryaan seseorang penulis. Contohnya, Coleridge, seorang penulis berbangsa Inggeris berpendapat bahawa puisi harus dihayati kerana sifat gabungannya yang sempurna. Hal ini demikian kerana puisi terhasil setelah melalui proses pembinaan atau penggubahan. Puisi yang merupakan hasil daripada komposisi bahasa yang digubah dianggap tidak lengkap jika dinilai secara berasingan elemen rima, rentak, struktur stanza dan sebagainya. Justeru, setiap elemen tersebut berfungsi secara bebas tetapi berkaitan. Oleh itu, amat tidak wajar jika puisi dinikmati melalui elemennya yang diasingkan.

Kembali ke atas