Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.tas]/[ter.a.tas] | تراتس

Definisi : terletak (berada dll) di atas sekali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teratas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compression ringgelang mampatanKejuruteraan AutomotifEnjinGelang teratas atau dua gelang teratas yang terdapat pada omboh. Gelang ini berfungsi untuk mengelakkan kebocoran semasa pemampatan dalam lejang mampatan dan semasa proses pembakaran dalam lejang kuasa. Gelang ini biasanya diperbuat daripada besi tuang dan besi mulur.
piston crownmahkota ombohKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian teratas omboh yang bentuknya bergantung kepada jenis enjin, nisbah mampatan dan tatarajah injap. Mahkota ini berfungsi untuk memampatkan campuran udara-bahan api semasa lejang aruhan, menyediakan permukaan untuk me- nerima beban tekanan akibat pembakaran semasa lejang kuasa serta menolak keluar gas ekzos selepas terbakar semasa lejang ekzos. Sinonim kepala omboh.
piston crownpuncak ombohKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian teratas pada omboh.
band gapjurang jalurFizikNanoteknologiPerbezaan tenaga antara jalur valensi teratas dengan jalur konduksi terbawah dalam bahan pepejal. Jurang tenaga menentukan sifat optik dan elektrik sesuatu bahan semikonduktor.
rooftop gardentaman bumbunganLandskapTiadaKawasan hijau yang ditanam di peringkat teratas bagi struktur perindustrian, komersial dan kediaman.
top event (TE)peristiwa utamaSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeadaan atau peristiwa pada kedudukan teratas dalam analisis pokok gagal.
top dead centre (TDC)pusat mati atas (TDC)Kejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKedudukan omboh yang teratas di dalam silinder enjin semasa omboh bergerak ke atas.
nanoscale abacussempoa nanoskalaFizikNanoteknologiSusun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM).
nanoflash memory deviceperanti ingatan nanokilatFizikNanoteknologiAlat yang serupa dengan MOSFET. Peranti ini terdiri daripada tiga terminal, dua daripadanya ialah get tersusun di atas satu sama lain. Elektrod teratas merupakan get kawalan, manakala elektrod di bawah ialah get terapung yang terganding secara kapasitif dengan get kawalan. Operasi sel ingatan melibatkan peletakan cas atau pembuangan cas pada get terapung, berpadanan dengan dua paras logik. Peranti ini menggunakan nanozarah tunggal atau berganda sebagai unsur penyimpanan cas.
meniscusmeniskusKimiaKimia AnalisisKeadaan permukaan cecair sama ada cekung atau cembung yang disebabkan oleh tegangan permukaan apabila cecair bersentuhan dengan pepejal. Misalnya semasa mengambil bacaan di dalam buret, mata mestilah selari dengan aras teratas atau terbawah untuk mengelakkan paraleks.

Kembali ke atas