balloon payment | bayaran belon | insurans | Tiada | Bayaran yang lebih kecil dibayar serentak dengan bayaran teratur yang terakhir yang dijadikan jumlah bayaran terakhir itu lebih besar daripada bayaran teratur. |
ordered character | aksara teratur | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Jujukan DNA dalam susunan tertentu, yang digunakan untuk penjanaan pepohon genetik yang digunakan dalam kaedah parsimoni. |
haphazard development | pembangunan tidak teratur | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
beat | rentak | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang teratur dalam lagu, irama, dan lain-lain. |
long range order | tertib julat panjang | Fizik | Nanoteknologi | Susunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek. |
short range order | tertib julat pendek | Fizik | Nanoteknologi | Susunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang. |
snaggletooth | gigi tak sekata | Pergigian | Tiada | Gigi yang tidak teratur dan terkeluar daripada susunan kerana ditolak ke hadapan atau di belakang oleh gigi yang lain. |
pressured speech | pertuturan terus-menerus | Perubatan | Psikiatri | Percakapan yang berlebihan, tidak teratur, lebih cepat daripada biasa dan kuat yang boleh mengganggu orang lain. |
climactic order | tatanan klimaks | Kesusasteraan | Puisi | Penyusunan rentetan klimaks atau pencitraan yang teratur dan mengikut kronologi. |
colloidal self-assembly | swapasang koloid | Fizik | Nanoteknologi | Proses apabila zarah koloid menyusun secara teratur dan dengan sendirinya membentuk filem tipis mengikut acuan hablur substrat. Filem ini digunakan sebagai sensor dan pelbagai peranti fotonik. |