Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.kar] | ترباکر

Definisi : 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.kar] | ترباکر

Definisi : sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbakar

Puisi
 

Sampan kolek perahu Melayu,
     Habis terbakar papan lunasnya;
Akar membelit di pohon kayu,
     Kalau tak batang papan lunasnya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exhaust gasgas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinGas terbakar dan tidak terbakar yang tinggal selepas proses pembakaran dalam silinder enjin. Kandungan gas ini merangkumi pancaran ekzos yang berbahaya dan gas yang tidak berbahaya seperti oksigen berlebihan dan wap air. Komposisi sebenar gas ini bergantung kepada jenis bahan api, nisbah udara dan bahan api, suhu dan keadaan kebuk pembakaran, serta parameter operasi enjin seperti pemasaan injap dan pencucuhan. Lihat juga pancaran ekzos.
quenchlindap-kejutKejuruteraan AutomotifEnjinPembakaran yang terencat akibat suhu rendah pada dinding kebuk pembakaran. Lindap-kejut berlaku terutamanya ketika enjin dalam keadaan melahu yang dibantu oleh percampuran bahagian yang terbakar dengan bahagian yang belum terbakar.
acetalasetalFizikNanoteknologiCecair mudah meruap, tidak berwarna dan mudah terbakar. Formula kimianya ialah CH3CH(OC2H5)2. Molekul bahan ini dapat bergabung dengan molekul polimer lain, seperti poliaktida dan polietilena-glikol bagi membentuk misel.
asbestosasbestosKesenianHiasan DalamanBahan mineral bergentian yang tidak mudah terbakar dan dijadikan kepingan yang dapat menyekat haba atau kepanasan. Bahan ini biasanya digunakan pada bumbung atau siling rumah, namun bahan ini juga telah diisytiharkan oleh kebanyakan pakar kesihatan sebagai bahan berbahaya dan dilarang penggunaannya dalam pembinaan bangunan.
resin acidasid resinKimiaKimia AnalisisZat cecair atau pepejal melekit yang mudah terbakar dan tak laru dalam air. Asid resin disediakan melalui pempolimeran dan digunakan dalam industri plastik.
internal combustion engineenjin pembakaran dalamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaEnjin yang membolehkan bahan apinya terbakar di dalam kebuk pembakaran enjin
flame propagationperambatan nyalaKejuruteraan AutomotifEnjinPengembangan bahagian hadapan campuran udara-bahan api yang sedang terbakar. Semasa pembakaran, sebatian hidrokarbon dalam bahan api bertindak balas dengan oksigen dari udara pengambilan dan seterusnya membebaskan tenaga. Proses ini berlarutan sehingga pembakaran selesai dan menghasilkan lejang kuasa. Sinonim perambatan depan nyala.
blowbytiup pintasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKebocoran campuran udara-bahan api dan gas ekzos yang terbakar di dalam silinder melalui gelang omboh masuk ke dalam kotak engkol.
exhaust valveinjap ekzosKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang membuka laluan untuk membolehkan gas yang terbakar beredar keluar dari silinder semasa lejang ekzos.
ignition temperaturesuhu pencucuhanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSuhu paling rendah untuk membolehkan bahan api mula terbakar di dalam kebuk pembakaran.
1234

Kembali ke atas