burn | bakar;luka terbakar | Perubatan | Tiada | Luka terbakar: Luka yang disebabkan oleh haba atau agen kimia atau fizikal yang mempunyai kesan seperti haba. |
flammable gas | gas mudah terbakar | Kimia | Tiada | Gas yang mudah terbakar di dalam udara. |
inflammable | mudah terbakar; teradangkan | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sifat sesuatu bahan yang mudah terbakar. |
ash | abu | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Bahan pepejal tak terbakar yang dibebaskan apabila sesuatu bahan terbakar. Sebahagian kecilnya terlepas ke atmosfera dan mencemarkan udara. Jumlah dan purata saiz abu yang masuk kedalam atmosfera bergantung pada halaju aliran gas yang keluar daripada cerombong. Zarah abu berukuran 0.2 cm dan kurang. Abu tersebut akan termendak berhampiran sumbernya, kecuali zarah yang sangat kecil. |
flamed silica | silika terbakar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Serbuk silika yang bersaiz 40 � 60 nm, berketulenan tinggi, dan tak berongga, yang dihasilkan daripada proses hidrolisis silika klorida. Sifat ini menyebabkan silika terbakar kerap digunakan dalam perumusan penyediaan mangkin. |
fuchsin | fuksin | Kimia | Forensik | Campuran pararosanilina hidroklorida dan rosanilina hidroklorida. Bahan ini larut dalam air dan mudah terbakar. Fuksin digunakan dalam pewarnaan bakteria dalam pencerapan mikroskopik. Fuksin juga merupakan germisid yang kuat dan digunakan dalam rawatan ulser varikos, luka terbakar, karbunkel dan impetigo. Bahan ini toksik secara pengingesan atau sentuhan kulit, dan mungkin menyebabkan luka terbakar pada mata dan kulit. |
Chapman-Jouguet condition | keadaan Chapman-Jouguet | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Postulat yang menyatakan bahawa keadaan entropi gas terbakar akibat gelombang ledakan atau kejutan adalah minimum. Dengan ini, gas terbakar di belakang gelombang tersebut bergerak pada halaju akustik relatif kepada gelombang ledakan atau kejutuan yang merambat di hadapan. |
incineration | penunuan | Biologi | Ekologi | Pembakaran bahan buangan, sama ada pepejal, cecair atau bahan-bahan bergas yang boleh terbakar dan ditukarkan kepada gas. Sisa yang terhasil tidak mengandungi atau mengandungi sedikit sahaja bahan yang boleh terbakar. |
fire proofed wood | kayu kalis api | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu yang telah dirawat dengan bahan pencegah kebakaran supaya lambat terbakar dan boleh menahan rebakan api. Walau bagaimanapun kayu ini masih boleh terbakar dan menjadi bara, dan akhirnya terurai apabila terdedah kepada suhu yang tinggi. |
detonation wave | gelombang ledakan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Gelombang kejutan yang dihasilkan oleh tindak balas kimia yang mungkin berpunca daripada penyucuhan pepejal, gas, atau cecair mudah terbakar. Gelombang ini lebih membinakan daripada sebarang ledakan seentropi. Ciri gelombang ini merupakan garis panduan keselamatan dalam penyimpanan bahan mudah terbakar. |