Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.wah] | ترباوه

Definisi : 1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbawah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basic event (BE)peristiwa asasSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeristiwa pada kedudukan terbawah dalam analisis pokok gagal.
band gapjurang jalurFizikNanoteknologiPerbezaan tenaga antara jalur valensi teratas dengan jalur konduksi terbawah dalam bahan pepejal. Jurang tenaga menentukan sifat optik dan elektrik sesuatu bahan semikonduktor.
base linegarisan asasKesenianHiasan DalamanGarisan melintang yang paling bawah dalam lukisan seni bina. Garisan ini menandakan asas lukisan atau reka bentuk yang terbawah. Contohnya, dalam lukisan perspektif, garisan ini menandakan atau membayangkan satah gambar di atas aras tanah. Dalam bidang kejuruteraan dan ukur tanah pula, garisan asas merupakan garisan pertama yang menandakan lokasi dan ukuran sebagai asas atau dasar. Garisan asas ini akan menentukan garisan-garisan, sudut dan jarak lain yang tercatat atau telah diprogramkan dalam bidang ukur tanah, atau sebidang tanah pada peta atau pelan.
meniscusmeniskusKimiaKimia AnalisisKeadaan permukaan cecair sama ada cekung atau cembung yang disebabkan oleh tegangan permukaan apabila cecair bersentuhan dengan pepejal. Misalnya semasa mengambil bacaan di dalam buret, mata mestilah selari dengan aras teratas atau terbawah untuk mengelakkan paraleks.

Kembali ke atas