Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.be.sar] | تربسر

Definisi : 1. yg sangat (amat) besar, yg besar sekali; 2. tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar drpd yg dikehendaki atau yg sepatutnya: dia memotong baju itu ~ sedikit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbesar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pelotonpelotonSukanLumba BasikalKelompok terbesar pelumba dalam sesuatu perlumbaan yang sedang berlangsung.
error boundbatas ralatSains NuklearKejuruteraan ReaktorPerbezaan terbesar antara nilai anggaran pengukuran atau penghitungan dengan nilai sebenar.
the silent majoritymajoriti senyapSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap.
midpoint rootingpuncaan titik tengahBioinformatikBioinformatik MolekulProses menentukan titik tengah antara dua kumpulan taksa (mencapah yang terbesar pada rajah pepohon filogenetik tidak berpunca. Lihat juga puncaan pepohon filogenetik.
central libraryperpustakaan pusatPerpustakaanTiadaPerpustakaan utama yang terdiri daripada pejabat Ketua Pustakawan dan Jabatan Pentadbiran. Perpustakaan pusat mempunyai koleksi buku terbesar yang terletak di tempat yang strategik.
narrow coastal plaindataran pinggir laut sempitSains MarinTiadaDataran pinggir laut sempit yang meminggiri zon pinggir laut di sesebuah kawasan. Contohnya, dataran pinggir laut yang terbesar terletak di kawasan timur Amerika Selatan, iaitu dataran pinggir laut Teluk Amerika Utara yang menganjur dari Teluk Mexico selari dengan Sungai Mississippi ke Sungai Ohio yang berjarak 800 km.
primate citybandar raya primatPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBandar utama bagi sesebuah negara yang mempunyai saiz penduduk beberapa kali ganda lebih ramai daripada bandar kedua terbesar.
foreslopecerun depanSains MarinTiadaBahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya di kedalaman yang berjarak 10 fatom. Cerun ini menjadi tempat kepada terumbu karang yang terbesar, berikutan keadaan sekelilingnya yang sesuai kerana tindakan ombak yang terhad. Terumbu karang yang paling pelbagai terdapat pada cerun berkedalaman antara 15-20 m kedalaman, dan sekiranya semakin dalam, spesies terumbu karang juga akan semakin berkurang. Kepelbagaian spesies terumbu karang di kawasan ini adalah berkorelasi kuat dengan kehadiran cahaya. Terumbu di kawasan Lautan Pasifik boleh didapati sehingga pada kedalaman 50-60 m, manakala di Lautan Atlantik sehingga 100 m yang disebabkan oleh perbezaan penembusan cahaya ke dalam laut.
fissurerekahanSains MarinTiadaKesan belahan yang dalam, memanjang dan sempit yang jelas kelihatan sempit dengan suatu kesan retakan jelas seperti dalam batu atau di dalam tanah (bumi). Kata ini berasal daripada perkataan latin fissura yang bermaksud rekahan. Contoh rekahan geologikal yang terbesar dapat dilihat di San Andreas Fault, California yang menganjur dari San Diego sehinggalah ke San Fransisco yang terjadi disebabkan oleh beberapa siri gempa bumi.
anthraquinoneantrakuinonHerbaPemiawaianSebatian organik aromatik yang mempunyai kumpulan keton yang terikat di pusat gelang. Antrakuinon merupakan terbitan daripada kumpulan kuinon, mempunyai kumpulan hidroksi dengan ciri fenolik dan bertabur secara meluas dalam kulat, liken dan tumbuhan peringkat tinggi. Antrakuinon juga merupakan kumpulan pigmen pewarna yang terbesar dan dikenali juga sebagai 9,10-antrakuinon. Contohnya, aloin, barbaloin, aloe-emodin yang diperoleh daripada bahagian daun lidah buaya (Aloe vera).

Kembali ke atas