Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuka

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bandar terbuka dagangan murah,
     badan sudah tua.

Bermaksud :

Sudah terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
copylefthak terbukaTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu bentuk kebenaran untuk mengguna, mengubah suai, memperluas dan mengedar semula sesuatu hasil kerja kreatif dan hasil kerja lanjutan secara bebas dan terbuka kepada umum dengan mengekalkan hak kebenaran kepada terbitan selanjutnya. Hak terbuka ini membantu meluaskan penggunaan dan penambahbaikan hasil kerja untuk faedah bersama. Contoh hak terbuka ialah Apache OpenOffice, FileZilla dan Moodle. Banding hak cipta.
open textteks terbukaKesusasteraanTiadaTeks yang memungkinkan pelbagai interpretasi pembaca. Bahasa, tema dan strukturnya bersifat kompleks dan tidak eksplisit. Teks terbuka tidak khusus kepada mana-mana khalayak, dan wujud dalam pelbagai genre sastera. Konsep teks terbuka ini diutarakan oleh Umberto Eco untuk membezakannya dengan teks popular. Teks popular mempunyai sasaran khalayak khusus, contohnya teks cinta untuk golongan remaja.
open courseware (OCW)perisian kursus terbuka (OCW)Teknologi Maklumate-PembelajaranBahan pembelajaran berkualiti dan terbuka dalam bentuk digital yang dibangunkan oleh pihak universiti. Bahan tersebut disusun ke dalam bentuk kursus dan diterbitkan secara percuma menerusi Internet untuk digunakan atau diadaptasikan di bawah lesen kreatif terbuka dan biasanya tidak membawa kepada pensijilan mahupun kemudahan berinteraksi dengan tenaga pengajar.
open e-contente-kandungan terbukaTeknologi Maklumate-PembelajaranBahan digital yang boleh didapati, disebarkan dan dikongsi secara dalam talian tertakluk kepada status hak terbuka. E-kandungan ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pembelajaran. Lihat juga hak terbuka.
open-ended questionsoalan terbukaSains PolitikPolitik PerbandinganSoalan kepada responden dalam suatu kerja lapangan penyelidikan yang bersifat terbuka dan subjektif jawapannya. Responden bebas menjawab mengikut fikirannya tanpa sebarang pilihan. Ini berbeza dengan soalan tertutup, apabila responden diberi pilihan seperti 'Ya' atau 'Tidak', 'Benar' atau 'Salah' dan 'Sangat Setuju', 'Setuju', 'Tidak Setuju' dan 'Sangat Tidak Setuju'. Soalan tertutup ini memberi pilihan yang terbatas sebaliknya soalan terbuka membolehkan responden menjawab mengikut pandangannya tanpa sebarang pilihan.
outdoor museummuzium terbukaPelanconganTiadaTempat terbuka yang mempamerkan peninggalan sejarah dalam keadaan semula jadi. Contohnya, Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah.
massive open online courses (MOOC)kursus terbuka raya dalam talian (MOOC)Teknologi Maklumate-PembelajaranKursus lengkap terbuka yang dijalankan secara dalam talian dan mampu melibatkan penyertaan bilangan pelajar yang banyak.
open educational resource (OER)sumber pendidikan terbuka (OER)Teknologi Maklumate-PembelajaranBahan pembelajaran digital berstatus hak terbuka yang boleh diguna pakai, disalin, diadaptasi, dan dikongsikan untuk tujuan ilmiah.
mercantile open stock burglary coverageperlindungan kecurian stok terbuka merkantilinsuransTiadalih. insurans kecurian stok terbuka.
open endingakhiran terbukaKesusasteraanTiadaPenutup teks yang tidak menyelesaikan persoalan dalam sesuatu karya. Walaupun sesebuah teks (lisan, tercetak, atau digital) telah berakhir, namun persoalan dalam teks belum diselesaikan. Persoalan ini hidup dan berkembang secara tidak ketara dan berterusan dalam minda atau imaginasi pembaca. Kebanyakan karya tradisional daripada sastera Asia memperlihatkan akhiran terbuka ini, justeru karya ini disebut akhiran ketimuran. Begitu juga dengan karya moden dan pascamodenisme yang tertentu dalam kesusasteraan dunia. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yang mengakhiri cerita tanpa menjelaskan perjalanan hidup Hang Tuah seterusnya. Akhiran terbuka dikenali juga sebagai penyelesaian terbuka.
12345678910...

Kembali ke atas