Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.ca/] | ترچاچق

Definisi : 1. terdiri (berdiri) tegak: jambul ~ di atas kepala; 2. tertanam, terpancang tegak: tali itu tergantung pd galah yg ~ di tanah; 3. terbenam (tertanam) ke dlm sesuatu (tanah, badan, dll); ~ spt lembing tergadai prb terdiri tegak dan tercengang-cengang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.ca/] | ترچاچق

Definisi : 1 terdiri atau berdiri tegak lurus: Entah bila datangnya, tiba-tiba ia ~ di muka pintu. 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercacak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hair-on-end bonetulang rambut tercacakPerubatanTiadaTiada
viviparityviviparitiBiologiEkologi1. Tumbuhan di paya bakau, misalnya api-api, Avicennia spp. yang menghasilkan biji benih yang bercambah semasa buahnya masih melekat di pokok; percambahan ini menghasilkan radikal yang berbentuk seperti pedang. Apabila biji benih gugur, radikal ini akan tercacak di dalam lumpur untuk mengelakkan anak benih daripada dihanyutkan ke laut. 2. Haiwan yang perkembangan embrionya berlaku di dalam tubuh ibu sehingga dilahirkan, misalnya mamalia. Bandingkan ovipariti, ovovivipariti.
rock punkrock punkMuzikTiada

 Muzik rock yang wujud di Liverpool, England pada tahun 1960-an hingga tahun 1970-an. Lirik lagunya tentang kemerosotan ekonomi dan masalah belia terhadap masyarakat individualisme. Kumpulan rock punk merupakan satu subbudaya yang mengutamakan nilai yang dilarang oleh masyarakat dominan seperti pakaian yang luar biasa, gaya rambut yang berwarna-warni dan tercacak. Muzik punk diiringi gitar elektrik dan dram yang menghasilkan melodi dan rentak yang kuat dan disertai jeritan penyanyi. Contoh kumpulan punk ialah The Stranglers, The Clash dan The Damned.


Kembali ke atas