Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.cip.ta] | ترچيڤتا

Definisi : sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercipta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slide trumpettrompet slaidKesenianTiadaTrompet abad kelima belas sebelum trompet injap tercipta.
displacementpengalihanKesusasteraanTiadaTeknik penulisan sains fiksyen yang mengubah realiti menjadi mitos. Mitos tercipta apabila unsur metafora dalam realiti dihidupkan dalam bentuk cerita.
eraeraSejarahTiadaPembahagian masa yang lebih panjang dari epola tetapi kurang daripada eon, zaman awalnya dimulai dengan Aeoik dan Proteroza yang bermula dengan bumi tercipta sehingga 500 juta tahun dahulu, dan seterusnya.
pressure zoneZon tekananTeknologi MaklumatTiadaTerdapat dua jenis iaitu (utk diperbincangkan): Kawasan tipis yang terbentuk di permukaan yang keras apabila dilanggar oleh gelombang bunyi. Kawasan ini tercipta kerana gelombang bunyi yang melantun setelah menghentam permukaan keras akan berlanggar dengan gelombang bunyi yang datang dari arah berlawanan menyebabkan tekanan menjadi tinggi di kawasan permukaan.
steady-state theory of the universeteori keadaan mantap alam semestaMatematikTiadaTeori yang mengatakan bahawa sifat dan ciri menyeluruh alam semesta yang utama tetap tidak berubah sampai bila-bila pun, akhirnya jirim terus tercipta, galaksi dan gugus bintang baru terus terbentuk dan mengembang seimbang dengan kadar pengundurannya.
dadaismdadaismeKesusasteraanTiadaGerakan medenisme yang bermula di Zurich dan menjadi popular di New York pada tahun 1916 � 1922. Gerakan dadaisme bertujuan untuk memprotes atau memberontak penerimaan idea kelas menengah mengenai logik, makna, bentuk dan peraturan. Istilah dadaisme melambangkan kebebasan tanpa batasan, bersifat antiperaturan dan antibudaya dan dimanifestasikan dalam sastera melalui collage, iaitu susunan objek dan perkataan secara rawak supaya tercipta satu pola yang tidak logik atau tidak bermakna. Dadaisme digantikan dengan surealisme selepas tahun 1921 apabila diserapkan dalam gerakan baharu ini. Lihat juga surealisme.

Kembali ke atas