exposed patient | pesakit terdedah | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang mudah terdedah dengan sebarang jangkitan daripada individu lain seperti petugas jagaan kesihatan, pesakit atau pelawat. |
latent image | imej pendam | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Imej yang terbentuk pada filem selepas terdedah kepada sinaran pengionan. Semasa filem diproses, kawasan yang terdedah kepada sinaran tersebut akan menjadi gelap lalu membentuk imej nampak. |
scintillation detector | pengesan sintilasi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Pengesan sinaran yang menggunakan bahan kimia yang menghasilkan cahaya nampak apabila terdedah kepada sinaran pengionan. Kuantiti cahaya adalah berkadaran dengan jumlah sinaran yang terdedah kepadanya. |
predispose | predispos | Perikanan | Akuakultur | Keadaan yang menyebabkan ikan terdedah kepada penyakit. Contoh predispos ialah perubahan kualiti air, kehadiran patogen dan pengurusan kesihatan yang tidak cekap. |
captive audience | audiens tawan | Pentadbiran | Tiada | Audiens yang tidak dapat lari daripada terdedah kepada utusan pengiklanan. |
icing | aising | Geografi | Tiada | Timbunan mendapan ais di permukaan objek-objek yang terdedah. |
at-risk children | kanak-kanak berisiko | Pendidikan | Tiada | Kanak-kanak yang mudah terdedah kepada kelemahan dalam pembelajaran dan bacaan yang mungkin disebabkan oleh faktor sosial, tingkah laku atau intelektual. |
secure perimeter | perimeter selamat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Peranti komunikasi atau komputer yang terdedah kepada rangkaian luar yang dimantapkan dengan mekanisme keselamatan supaya boleh menangkis serangan dan mengelakkan pencerobohan ke atas komputer dan peranti dalaman. |
raceway | salur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tiub khusus yang digunakan untuk melindungi dawai elektrik bertebat daripada terdedah. |
phototube | fototiub | Kimia | Kimia Analisis | Alat fotoelektrik yang mengandungi katod semislinder yang memancarkan elektron apabila terdedah kepada cahaya atau sinaran elektromagnet yang lain dan wayar anod yang diletakkan di dalam tabung vakum. Ia juga dikenali sebagai tiub fotoelektrik. |