Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, ter­jalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pe­muda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdiri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pantoumpantunKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang terdiri daripada empat baris dalam seuntai. Rima akhirnya terdiri daripada rima yang berselang a b a b. Setiap baris biasanya dibentuk oleh ernpat kata yang terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Pantun biasanya digunakan dalam percintaan, nasihat, adat, agama, didaktik, falsafah dan lain-lain. Contohnya, Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.
cellselFizikNanoteknologiUnit organisma hidup yang paling kecil yang dapat berfungsi. Unit ini terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Contohnya, bakteria terdiri daripada satu sel manakala manusia terdiri daripada 10(14) sel. Setiap satu sel bersaiz 10 mikrometer dan berjisim 1 nanogram.
male genitaliagenitalia jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanOrgan pembiakan haiwan jantan terdiri daripada genitalia luaran dan dalaman. Genitalia luaran haiwan jantan terdiri daripada penis, uretra dan skrotum. Manakala genitalia dalaman haiwan jantan terdiri daripada testis, epidimis, vas deferens, vesikal seminal, prostat, kelenjar bulbouretra dan duktus pemancutan.
quantum dotbintik kuantumFizikNanoteknologiZarah bersaiz nanometer yang terdiri daripada gabungan atom atau molekul yang biasanya terdiri daripada bahan semikonduktor. Zarah ini dianggap sebagai suatu bintik yang mengandungi 1 elektron - 100 elektron, lohong atau eksiton yang terkurung dalam perigi keupayaan elektrostatik. Pengurungan ini menyebabkan elektron atau lohong mempunyai tenaga terkuantum yang dapat dicerap sebagai spektrum cahaya yang diskret. Bintik kuantum bersifat pendarfluor dan digunakan sebagai penderia biologi dan dalam peranti fotonik.
quaternary structurestruktur kuaternerFizikNanoteknologiStruktur kompleks protein yang terdiri daripada berbilang subunit protein. Satu subunit protein terdiri daripada dua atau lebih rantaian polipeptida. Contoh protein berstruktur kuaterner ialah hemoglobin dan polimerase DNA.
haemoglobinhemoglobinFizikNanoteknologiMolekul sel darah merah yang terdiri daripada sebatian porfirin, yang mengandungi ferum dan oksigen. Molekul ini terdiri daripada empat polipeptida yang merupakan subunit dalam kumpulan heme. Molekul ini membawa oksigen ke tisu badan dalam proses pernafasan.
Italian sonnetsoneta ltaliKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang berkembang di Itali yang terdiri daripada 14 baris. Soneta Itali terdiri daripada dua rangkap yang mengandungi lapan dan enam baris dan skema rimanya a b b a a b b a - c d e c d e atau boleh juga a b b a a b b a - c d c Cd C.
membrane electrodeelektrod membranKimiaKimia AnalisisElektrod pemilih ion yang terdiri daripada membran atau sebarang lapisan sebagai unsur yang peka. Membran tersebut boleh terdiri daripada gelas, cecair (cecair di dalam membran lengai), hablur, dan lain-lain lagi. Keupayaan elektrod ditentukan oleh perbezaan kepekatan ion tertentu di dalam dan di luar membran yang bersentuhan. bd. elektrod membran cecair.
triterpenetriterpenaHerbaPemiawaianSebatian dalam ekstrak herba yang terdiri daripada 30 karbon, iaitu gandingan enam unit isoprena, berwarna putih, berhablur dan mempunyai takat lebur yang tinggi. Triterpena terdiri daripada tiga bentuk utama, iaitu asiklik seperti skualena, tetrasiklik seperti lanosterol dan pentasiklik seperti asid ursolik. Sebagai contoh, asid asiatik merupakan triterpena dalam ekstrak pegaga (Centella asiatica).
liquid-liquid chromatographykromatografi cecair-cecairKimiaKimia AnalisisTeknik kromatografi yang fasa pegunnya terdiri daripada cecair yang menyelaputi permukaan penyokong. Fasa geraknya terdiri daripada cecair yang tak terlarutcampurkan dengan cecair fasa pegun. Pemisahan terjadi disebabkan oleh perbezaan keseimbangan taburan komponen sampel. Ia dikenali juga sebagai kromatografi cecair penyekatan.
12345678910...

Kembali ke atas