Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.do.rong] | تردوروڠ

Definisi : 1. terlangsung (ke depan), ter­sorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk me­laku­kan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas pa­dahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.do.rong] | تردوروڠ

Definisi : 1 terlangsung (ke depan); tersorong (tertolak) ke depan: Keretanya kemik sebelah kerana ~ ke dlm longkang. 2 terpengaruh (tertarik, terpaksa) utk melakukan sesuatu: Setelah dipujuk berkali-kali, ~ juga dia utk pergi bersama mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdorong

Peribahasa

Kaki terdorong badan merasa;
     lidah terdorong emas padahnya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
motivated offenderpesalah terdorongKriminologiKeadilan JenayahSalah satu daripada elemen dalam Teori Aktiviti Rutin yang menjelaskan bahawa seseorang individu mempunyai niat dan kemampuan untuk melakukan jenayah.
crime opportunity theoryteori peluang jenayahKriminologiKeadilan JenayahTeori yang menerangkan bahawa jenayah akan berlaku apabila muncul peluang kepada penjenayah yang terdorong untuk melakukan jenayah. Ketersediaan peluang menjadi faktor penting yang menentukan sama ada bakal penjenayah akan dapat melakukan jenayah berkaitan. Teori ini juga menerangkan bahawa pelaku membuat pilihan rasional dengan memilih sasaran yang boleh memberikan pulangan atau habuan yang tinggi dengan usaha dan risiko yang rendah. Contohnya, rumah yang tidak berkunci dengan rapi serta kurang kawalan keselamatan memberikan peluang kepada pencuri.
solicitationpengumpananSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan memujuk untuk menarik perhatian pihak tertentu bagi melakukan sesuatu seperti yang diharapkan oleh pihak yang mengumpan. Tindakan ini boleh dilakukan oleh individu atau satu kelompok terhadap individu lain seperti pemimpin atau badan tertentu. Melalui pengumpanan ini, diharapkan individu yang diumpan terdorong untuk memenuhi kehendak atau melakukan sesuatu pertolongan yang diharapkan oleh pengumpan. Biasanya pengumpanan ini melibatkan ganjaran tertentu yang dijanjikan. Contohnya, wang dan janji pembangunan sering dijadikan umpan untuk mendapatkan undi oleh calon dalam pilihan raya.

Kembali ke atas