Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rén.da/] | تريندق

Definisi : (teréndak) sj penutup kepala atau tudung yg lebar tepinya (dibuat drpd anyaman buluh, rotan, dll): sebentar-sebentar dia mem­buang ~ yg menutupi kepalanya dan menge­sat-ngesat peluh yg membasahi dahinya; ~ Bentan = ~ Melayu terendak yg merunjung ke atas (spt bentuk kerucut); ~ Cina terendak yg merunjung ke atas dan lentik tepinya; ~ lampu tudung lampu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rén.da/] | تريندق

Definisi : (teréndak) ; siput ~ sj siput, Xenophora solaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rén.da/] | تريندق

Definisi : /teréndak/ penutup kepala yg lebar tepinya, dibuat drpd anyaman buluh atau rotan. ~ lampu alat yg dibuat drpd kain (plastik dll) utk menyekat sinaran lampu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terendak (kata nama)
Bersinonim dengan tudung lampu, kerudung, serawung.,

Puisi
 

Pulau Tinggi Terendak Cina,
     Patah pasak di muka kurung;
Abang pergi janganlah lama,
     Buah masak diidam burung.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pixieterendak piksiKesenianTiadaTopi kecil berbentuk tudung saji. Pakaian wanita dan kanak-kanak.
lamp shadeterendak lampuKomunikasi MassaTiadaTiada
chinoistapisan terendak CinaPentadbiran PerniagaanTiadaTapisan berbentuk kon yang berlubang halus untuk menapis sos atau bahan separuh pejal yang mudah dilenyek dalam tapisan.
lamp shadeterendak lampuPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
chinoistapisan terendak CinaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
China cap strainertapisan terendak CinaPentadbiran PerniagaanTiadaTapisan berbentuk kon yang berlubang halus untuk menapis sos atau bahan separuh pejal yang mudah dilenyek dalam tapisan.
kebungankebunganKesenianTiadaBahagian dalam terendak atau seraung dibuat daripada mengkuang, nipah, pandan dan lain-lain untuk dipakai di kepala.
basi Ib.basi Ib.KesenianTiadadalam pembuatan terendak. Basi disambung dengan bilah-bilah lain.
anggu Ib.anggu Ib.KesenianTiadaTali yang dipasang pada penutup kepala seperti terendak, seraung, topi dan lain-lain.
lighting fittingkelengkapan lampuTeknikElektrikSistem penyuapan dan pengawalan elektrik bagi lampu dalam sesebuah bangunan, termasuk pemasangan lampu, terendak dan sebagainya.

Kembali ke atas