Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 13 080 km2, Kuala Terengganu sbg ibu negeri, Darul Iman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terengganu

Puisi
 

Tidak jadi padi Terengganu,
     Anak denak berkawan tiga;
Tak jadi dengan cik anu,
     Hari besok berbesan juga.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)EkonomiEkonomi IslamInstitusi pajak gadai Islam pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada Januari 1992 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Penubuhannya berteraskan konsep rahnu dan qardul hasan. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba.
kromong (Mal)kromongKesenianTiadaIstilah bonang dalam gamelan Pahang dan Terengganu.
gamelan Melayu (Mal)gamelan MelayuKesenianTiadaKesenian gamelan yang berkembang di Terengganu dan Pahang.
keromong (Mal)keromongKesenianTiadaIstilah lain untuk bonang dalam gamelan Pahang dan Terengganu.
joget gamelanjoget gamelanMuzikTiada

 Tarian klasik di istana Pahang dan Terengganu yang wujud pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Tarian klasik diiringi oleh gamelan Melayu. Contohnya, Timang Burung, Togok dan Ayak-Ayak. Lihat juga gamelan Melayu.

gamelan Melayugamelan MelayuMuzikTiada

 Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di istana Pahang dan Terengganu pada abad ke-19 dan abad ke-20. Pada tahun 1811, satu set gamelan dan penari dari Riau-Lingga telah dihantar ke Pahang untuk meraikan perkahwinan antara keluarga diraja Riau-Lingga dengan keluarga bendahara di Pahang. Pada tahun 1913, gamelan Pahang dan penarinya dipindahkan ke istana Tereng­ganu apabila Tengku Ampuan Mariam, anak perempuan raja Pahang berkahwin dengan Sultan Sulaiman dari TerengganuPergerakan tarian, pakaian dan sistem tiunan berbeza dengan tradisi gamelan Jawa. Skel pentato

kelarai bunga apikelarai bunga apiKesenianTiadaCorak anyaman berunsur benda berbentuk percikan bunga api dan dikenali juga dengan kelarai Tok Anggor di Paka, Terengganu. kelarai Tok Anggor
kelarai bunga gedungkelarai bunga gedungKesenianTiadaKelarai Cik Kedah bersila yang bahagian tengahnya dianyam dengan anyaman gadas dan dikenali dengan nama kelarai sarang menganang di Terengganu. kelarai sarang menganang
wayang kulit Kelantanwayang kulit KelantanMuzikTiada

Teater wayang kulit rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang dan selatan Thailand. Ceritanya berasaskan epik Ramayana dan cerita rakyat Melayu. Watak penting dalam teater rakyat ini ialah Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Pak Dogol dan Wak Long. Ensembel yang mengiringi teater ini terdiri daripada serunai, gendang, geduk, gedumbak, tetawak, kesi dan canang. Sinonim wayang kulit Siam.

kelarai Cik Kedah berakarkelarai Cik Kedah berakarKesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri yang mengambil sempena nama penciptanya iaitu Cik Kedah. Kelarai ini menggunakan anyaman gadas sebagai sempadan dan dikenali juga dengan nama kelarai permaidani di Terengganu. kelarai permaidani
123

Kembali ke atas