hanging mercury drop electrode | elektrod titisan raksa tergantung | Kimia | Kimia Analisis | Sejenis elektrod raksa yang titisan raksanya tergantung pada tiub rerambut kaca. Elektrod ini sering digunakan dalam analisis logam surih melalui teknik voltammetri pelucutan anod. bd. elektrod titian raksa. |
dead heat | keputusan tergantung | Sukan | Lumba Basikal | Keadaan apabila pengadil gagal menentukan tempat pertama dan kedua antara dua (2) pelumba di garisan penamat. |
chandelier | candelier | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu hiasan yang tergantung di siling, yang terdiri daripada lampu yang berangkai. Candelier terawal menggunakan lilin dan diletakkan di ruang persidangan pada zaman pertengahan. Candelier ini diperbuat daripada kayu bersilang dan berpancang bagi melekatkan lilin dan digantung menggunakan tali atau rantai. Pada abad ke-15, bentuk candelier yang lebih kompleks telah digunakan di istana, rumah orang bangsawan, rumah paderi dan rumah saudagar. |
dust ruffle | ropol habuk | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan fabrik atau kambi yang tergantung di hadapan kaki katil sehingga ke lantai untuk menghalang habuk. Ropol habuk juga boleh dijadikan sebagai salah satu daripada unsur hiasan bilik tidur. |
ski lift | lif ski | Kejuruteraan | Tiada | Mesin yang terdiri daripada tempat duduk yang tergantung pada wayar bergerak untuk mengangkut pemain ski ke puncak lereng sebelum melakukan permainan luncur salji. |
Dutch colonial style | gaya kolonial Belanda | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya perabot yang boleh dikenal pasti melalui unsur papan cantik yang tergantung dan berbentuk atap gambrel. Gaya ini terkenal pada abad ke-17, di kawasan penempatan Belanda di Amerika Utara. |
fringe | pita rumbai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bingkai hiasan daripada benang kasar yang digunakan untuk menjahit baju atau tali pintal yang tergantung bagi menutup bahagian bawah perabot. Contohnya, katil dan sofa. |
drop ornament | hiasan titis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perhiasan berbentuk titisan air dan mempunyai ukiran pelbagai warna. Hiasan titis biasanya dipasang secara tergantung, berayun dan berpusing secara bebas. Contohnya, gantungan hiasan yang dipasang pada pokok cemara ketika perayaan krismas. |
balcony | balkoni | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang yang menganjur keluar dari permukaan dinding sesebuah bangunan. Lazimnya, ruang ini disokong oleh tiang, pendakap atau rasuk tergantung dan dikemaskan dengan kekisi. Balkoni direka bentuk menjadi sebahagian daripada unsur bangunan yang menyediakan ruang tambahan untuk kegunaan harian, seperti beristirahat atau tempat mengeringkan pakaian. |
downlight | lampu tumpu bawah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu kecil yang terpancar terus ke bawah. Lampu ini dipasang ke dalam, di atas permukaan atau tergantung. Lampu tumpu bawah biasanya digunakan untuk mempertingkatkan kecerahan pada sesuatu ruang. |