Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ge.lin.cir] | ترݢلينچير

Definisi : 1. tergeluncur, tergeser kerana licin, terlepas dr landasan (kereta api); 2. mulai turun (matahari); 3. ki terlanjur, terlepas (cakap); ~ lidah terlepas kata, salah mengatakan sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ge.lin.cir] | ترݢلينچير

Definisi : 1 terdorong kerana licin dll; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang. 2 mula turun (ttg matahari). 3 ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergelincir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slipped tendontendon tergelincirVeterinarTiadaTiada
slip-off slopecerun tergelincirGeografiTiadaTiada
trochoidal faultsesar trokoidalGeologiTiadaSejenis sesar engsel yang titik enselnya juga telah tergelincir di sepanjang permukaan sesar.
antirachetting groovealur antigelincir sehalaKejuruteraanTiadaAlur yang menghalang pembalut bahan api daripada tergelincir.
cutbacktebing hakisGeografiTiada1. Tebing hakis: Cerun curam atau tergantung di bahagian luar sebuah liku bertentangan dengan cerun tergelincir.
resin traybekas damarSukanTiadaBekas yang sesuai untuk mengisi damar supaya atlet dapat memijak di atasnya sebelum melangkah masuk ke platform supaya tidak tergelincir.
overrunning clutchcekam lebih hadKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat pemacu cekam yang direka bentuk khas yang mempunyai gegelang luar dan gegelang dalam. Gegelang dalam mempunyai alur segi tiga yang menempatkan pengguling keluli keras. Gegelang dalam akan memacu gegelang luar. Jika gegelang luar berputar lebih laju daripada gegelang dalam, gegelang luar akan tergelincir atau terpisah daripada gegelang dalam. Cekam jenis ini digunakan pada penghidup enjin yang berfungsi memutarkan roda tenaga dan aci engkol ketika menghidupkan enjin. Apabila enjin telah hidup dan berputar laju, gegelang luar akan terpisah daripada gegelang dalam. Selepas itu, roda tenaga dan aci engkol enjin bebas berputar mengikut laju operasi normal.
graphitegrafitKimiaTiadaAlotrop semula jadi karbon yang berbentuk hablur, berwarna kelabu, lembut, licin dan merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik. Struktur hablur grafit mempunyai atom karbon yang tersusun secara heksagon dan terikat dengan ikatan kovalen. Daya Van der Waals yang lemah wujud antara lapisan grafit. Ini membolehkan lapisan-lapisan yang berdekatan tergelincir antara satu sama lain. Grafit juga dapat dihasilkan dengan memanaskan kok petroleum sehingga 3000oC di dalam relau rintangan elektrik. Alotrop karbon ini digunakan untuk membuat bahan pelincir, pencil, mangkuk pijar, elektrod dan penyederhana di dalam reaktor.
hand winchwinc tanganKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat mekanikal yang terdiri daripada gelendong yang dijadikan tempat untuk menggulung kabel yang digunakan untuk mengangkat atau menarik beban. Putaran gelendong ini menghasilkan daya tarikan pada kabel. Gelendong ini diputar dengan engkol yang boleh disambung terus padanya. Alat ini biasanya dilengkapi roda gear sehala dan tuil untuk mengunci beban daripada tergelincir, dan brek untuk mengawal halaju ketika menurunkan beban. Alat ini digunakan untuk menaikkan bot ke atas treler dan juga digunakan pada kapal layar untuk menaikan dan menurunkan layar.

Kembali ke atas