Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.kis] | ترهاکيس

Definisi : 1. dikikis dan dihanyutkan oleh air, angin, ombak dsb (bkn permukaan tanah, batu dsb): perdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah; kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar; 2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dsb): pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus se­makin meningkat; kedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.kis] | ترهاکيس

Definisi : sudah dihakis (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakis
Kata Terbitan : menghakis, terhakis, hakisan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brake liningpelapik brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan yang biasanya diperbuat daripada campuran asbestos, yang dipasang pada kasut brek. Bahan ini akan terhakis apabila kasut brek ditekan melawan gelendong brek.
anti-science fictionfiksyen antisainsKesusasteraanTiadaFiksyen yang memperlekeh pemikiran sains, namun masih mengekalkan secara minimum unsur-unsur fiksyen sains. Fiksyen antisains mempunyai tarikan kepada khalayak yang bimbang akan kesan sains dan teknologi yang semakin terhakis. Fiksyen antisains tidak semantap fiksyen sains yang sebenar dari segi pengisian fakta sains, malahan karya begini biasanya dikaitkan dengan filem dan televisyen, bukannya dengan kesusasteraan moden. Contoh fiksyen antisains ditemui dalam novel C.S.Lewis berjudul Till We Have Faces.
counter culturebudaya sainganSains PolitikPolitik PerbandinganBudaya yang bersaing dengan budaya lain yang menjadi ikutan majoriti masyarakat. Budaya ini dibentuk dan digerakkan oleh sekelompok minoriti ahli masyarakat yang cuba mempertahankan nilai tradisional dan tempatan yang terhakis akibat pengaruh nilai luar yang semakin menular ke dalam masyarakat tersebut. Kelompok yang menggerakkan budaya ini akan menggunakan pelbagai mekanisme untuk menyaingi budaya majoriti, antaranya melalui bahasa, organisasi, muzik, ideologi, penampilan dan juga tingkah laku sebagai langkah menyedarkan masyarakat. Contohnya, irama muzik etnik sebagai budaya saingan kepada irama muzik Barat yang digemari oleh remaja di negara ini.

Kembali ke atas