Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.lang] | ترهالڠ

Definisi : mendapat rintangan (halangan dll), tertahan (tertegah, terganggu, ter­hambat): pembinaan jalan ~ kerana musim hujan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.lang] | ترهالڠ

Definisi : 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt melakukan sesuatu; tertahan; tersekat; terganggu. 2 tertutup sehingga tidak nampak: Pandangannya ~ oleh ba­ngunan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asphyxiaasfiksiaHerbaFitoterapiKesukaran bernafas yang disebabkan oleh saluran pernafasan yang terhalang.
backpressuretekanan balikanKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan yang terjadi dalam pancarongga ekzos dan sistem ekzos. Tekanan ini terjadi apabila sebarang bahagian ekzos terhalang dan aliran gas ekzos tidak dapat keluar dengan sempurna. Contoh halangan ialah penukar bermangkin tidak berfungsi atau tamat jangka hayat, paip yang kemek dan timbunan serbuk karbon dari pembakaran yang tidak sempurna. Kesan tekanan balikan yang lebih tinggi akan mengurangkan kecekapan isi padu.
epistasisepistasisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanInteraksi antara dua atau lebih gen yang mengawal satu fenotip. Epistasis akan menyebabkan fenotip alel pada satu gen tersorok atau terhalang dengan gen yang lain.
typetipaKesusasteraanTiadaSejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu.
ion exclusionpemencilan ionFizikTiadaSistem resin tukar ganti yang ion-ion lincah dalam fasa resin-gelnya meneutralkan secara elektrik kumpulan fungsian bercas tak lincah yang melekat pada resin, dan dengan itu, elektrolit pelarut terhalang daripada menembusi fasa resinnya.
vapour locksekat wapKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan dalam sistem bahan api yang menyebabkan bahan api cecair bertukar menjadi wap dan menghasilkan buih. Keadaan ini menyebabkan penghantaran bahan api ke karburetor atau penyuntik bahan api terhalang atau terhenti sepenuhnya. Proses pemeluwapan ini berlaku akibat kenaikan suhu atau penurunan tekanan dalam talian bahan api. Lihat juga talian balikan wap.
firewalltembok apiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengawal capaian keluar dan masuk ke prasarana pengkomputeran organisasi berasaskan dasar keselamatan. Perisian atau perkakasan ini mempunyai petua yang mengandungi senarai capaian seperti hos, alamat IP, nombor port, ID pengguna, dan proses yang dibenarkan untuk menggunakan prasarana komputer tersebut. Percubaan mencapai dengan cara lain akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi.

Kembali ke atas