umbilical cord compression | mampatan tali pusat | Kejururawatan | Tiada | Keadaan tali pusat terhimpit antara kepala bayi dengan pelvis ibu yang boleh mengakibatkan anoksia. |
ice, pressure syn. ice, screw | ais tekanan | Hidrologi | Tiada | Istilah umum bagi ais terapung yang telah terhimpit dan di setengah tempat bertolak ke atas. (SPRI) |
volcanic dome | kubah gunung berapi; kubah volkano | Geologi | Tiada | Bentuk volkano yang terdiri daripada jisim lava likat yang bundar yang terhimpit keluar dari bukaan dan membentuk jisim lava pekat berbentuk kubah di atas dan di sekeliling lohong volkano. |
flame structure | struktur nyala | Geologi | Tiada | Struktur endapan yang terdiri daripada gumpalan lumpur yang berupa bentuk gelombang atau nyala, yang telah terhimpit secara tidak sekata ke atas lapisan yang menindih. |
mechanical damage | kerosakan mekanikal | Teknik | Elektrik | Kecacatan, gangguan atau kebinasaan sesuatu peranti, kabel, atau alat tambah yang disebabkan oleh tindakan mekanikal, sepeti terkepit, terhimpit, terpijak, terjatuh, dan terketuk. |
sphygmomano-meter | sfigmomanometer | Biologi | Fisiologi | Alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah. Biasanya alat ini terdiri daripada pundi yang digunakan dengan cara melingkari tangan dan kemudian dimasukkan udara sehingga mencengkam tangan tersebut. Ini menyebabkan saluran darah terhimpit dan tekanan darah seseorang boleh diketahui dengan melihat pada meternya. Dengan menggunakan alat ini, tekanan sistole dan diastole seseorang dapat diketahui. |