Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.di] | ترجادي

Definisi : (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; terjadi ~ Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.di] | ترجادي

Definisi : sudah berlaku: Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Burung lekung berbunyi malam,
     Bunyi di atas bumbung penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Suratan kita dah terjadi dahulu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
papillary hyperplasiahiperplasia papilariPerubatanTiadaKeadaan yang jarang terjadi, melibatkan mukosa lelangit. Terjadi dikalangan orang berumur yang menggunakan dentur. Bercirikan berbilang papila yang merah dan beredema dilelangit.
fractional distillationpenyulingan berperingkatKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penyulingan yang terjadi secara berperingkat. Penyentuhan di antara fasa wap yang menghala ke atas dengan fasa cecair yang mengalir turun bagi menghasilkan pemindahan jisim di antara fasa, terjadi mengikut peringkat dan tidak secara berterusan. Proses penyulingan ini terjadi di dalam turus berplat. Fasa wap dan cecair yang telah bersentuh pada suatu plat kemudiannya meninggalkan plat tersebut menuju ke plat lain. Penyentuhan di antara fasa tidak terjadi sehingga sampai ke plat seterusnya.
supercoolingsuperdinginFizikHabaFenomena yang terjadi apabila suatu bahan disejukkan di bawah suhu yang sepatutnya terjadi perubahan fasa pada keadaan normal. bd. superhaba.
seam slippagekelim bertasKesenianTiadaKecacatan yang terjadi apabila kelim yang dijahit meretas/merekah. Kesilapan ini terjadi sama ada pada jahitan atau fabrik bermutu rendah.
cadaveric spasmkejang mayatKimiaForensikBentuk kekejangan otot yang terjadi ketika mati, iaitu sebelum terjadi kekejuran yang biasanya dikaitkan dengan kematian yang dahsyat dalam keadaan emosi yang amat sangat, misalnya lemas atau bunuh diri. Kejadian ini menjadi rekod kelakuan terakhir seseorang itu sebelum ia mati.
lateral bucklinglengkokan sisiKejuruteraanKejuruteraan BangunanLengkokan yang terjadi pada arah isi rasuk. Lengkokan sisi ini terjadi kerana ketebalan rasuk yang jauh lebih besar daripada kelebarannya yang dapat di atasi dengan cara menghadkan nisbah lebar terhadap kedalamannya.
fluorosisfluorosisPergigianTiadaKeadaan patologi yang terjadi pada gigi disebabkan ion fluorida yang berlebihan dalam struktur enamel. Hasilnya akan terjadi bintik-bintik putih pada gigi dan struktur gigi menjadi lemah dan mudah patah. Fluorosis disebabkan peratusan ion fluorida dalam bekalan air melebihi 7 ppm atau akibat pengingesan ubat gigi berfluorida tinggi. Dalam kes yang teruk, gigi ini boleh dirawat dengan rawatan korona.
burn shockrenjatan terbakarPerubatanTiadaKeadaan renjatan yang terjadi selepas berlakunya kebakaran yang meluas pada badan, dan ia mungkin terjadi sejurus selepas kebakaran atau beberapa jam selepas itu.
surge losshilangan pusuKejuruteraanPetroleumAliran bendalir berserta pepejal yang terjadi pada tahap awal penurasan bendalir penggerudian. Aliran ini terjadi sebelum pori-pori tersumbat dan sebelum terbentuknya kek turas.
flash floodbanjir kilatBiologiEkologiBanjir yang terjadi dalam jangka masa yang pendek, dan secara relatifnya menpunyai puncak luahan yang tinggi. Banjir seperti ini sering terjadi di kawasan yang pembangunan dibuat tanpa perancangan dan penelitian yang sempurna.
12345678910...

Kembali ke atas