Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.mah] | ترجمه

Definisi : menterjemah membuat kerja-kerja terjemahan; menterjemahkan 1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan; terjemahan 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; ~ bebas cara men­terjemah yg menunjukkan bahawa pen­terjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yg diter­jemah­kan; penterjemahan perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan; penterjemah orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.mah] | ترجمه

Definisi : ; menterjemah melakukan kerja menukarkan bahasa sesuatu ka­rang­an dsb kpd bahasa lain: Dia mengedit bukan ~. menterjemahkan menukarkan bahasa (sesuatu karang­an dsb) kpd bahasa lain: Sudah tiga bulan dia ~ buku itu, tetapi belum juga siap. terjemahan sesuatu (kar­ya dll) yg su­dah diterjemahkan; hasil menterjemahkan se­suatu. pen­ter­­jemahan perbuatan, hal dsb menterjemah atau men­ter­jemah­kan. penterjemah orang yg men­terjemah atau menterjemahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
translationalterjemah ilmuPendidikanTiadaTiada

Kembali ke atas