Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eFF-1eFF-1BiologiGenetikFaktor pemanjangan eukariot yang bertindak untuk membawa aminoasil-tRNA kepada tapak A ribosom dalam proses terjemahan.
automatic dictionarykamus automatikPerpustakaanTiada1. Komponen bahasa mesin terjemahan yang menterjemahkan satu kata daripada bahasa lain. 2. Komponen yang menggantikan kod bagi kata atau frasa semasa mengekod dalam sistem carian automatik.
translationterjemahanBiologiGenetik1. Sintesis protein atau polipeptida dengan menggunakan mRNA sebagai templat dan berlaku di atas ribosom. 2. Penerbitan jujukan asid amino sesuatu polipeptida daripada satu molekul mRNA melalui penggabungan dengan ribosom.
readthroughpembacaan terusBiologiGenetik1. Transkripsi yang melepasi sesuatu jujukan terminator dalam DNA kerana kesilapan RNA polimerase untuk mengenali isyarat penamatan atau penceraian sementara faktor penamatan (seperti rho dalam bakteria) daripada jujukan penamatan. 2. Terjemahan yang melepasi kodon penamatan rantai (pemberhentian) sesuatu mRNA seperti dilakukan oleh tRNA supersor tak bererti.
transcriptiontranskripsiMuzikTiada

1.Gubahan karya muzik berasaskan adaptasi daripada skor asal. Transkripsi ini digubah untuk sebarang alat muzik lain, selain alat atau ensembel asal. Contohnya, karya piano Mussorgsky, iaitu Pictures at an Exhibition yang ditran-skripsikan untuk orkestra oleh Ravel dan Lieder Schubert yang ditranskripsikan untuk piano solo oleh Liszt.

2.Catatan muzik berdasarkan rakaman atau persembahan secara langsung untuk penghasilan skor muzik karya yang dirakamkan atau dipersembahkan. Transkripsi juga ialah catatan dan terjemahan muzik daripada satu sistem notasi kepada sistem notasi yang lain.

adaptationadaptasiKesusasteraanTiada

Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S. Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen “Uda dan Dara” karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan Dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen. Lihat juga terjemahan. 1">


Kembali ke atas