noncorrosive | tak terkakis | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
non-corrodable | tak terkakis | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
cathodic protection | perlindungan katod | Kimia | Tiada | Proses menghalang permukaan logam daripada terkakis apabila logam tersebut digunakan sebagai katod. |
electroplating | pengelektrosaduran | Kimia | Tiada | Penyaduran sesuatu logam dengan logam lain yang kurang reaktif secara elektrolisis. Misalnya, penyaduran besi dengan nikel atau kromium. Proses ini dilakukan secara elektrolisis dan bahan yang hendak disadur dijadikan sebagai katod di dalam elektrolit yang mengandungi ion logam penyadur. Pengelektrosaduran bertujuan melindungi logam asas daripada terkakis dan/atau untuk dibuat perhiasan. |
copper wire | dawai kuprum | Teknik | Elektrik | Dawai pengalir elektrik yang dibuat daripada kuprum. Dawai ini kadangkala disadurkan dengan timah, untuk memelihara kuprum itu daripada bertindak balas, atau ditebat dengan getah vulkan untuk menyenangkan proses pematerian dan mengelakkabn kesan kakisan, terutama apabila disambungkan pada pengalir aluminium. Dawai kuprum mempunyai beberapa keistimewaan, antaranya ialah rintangannya rendah (1.72 – 1.78 mikroohm per cum), kekuatan mekaniknya yang tinggi, mudah disambung, sukar terkakis, saiznya kecil dan boleh membawa arus yang besar. |