Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.cua.li] | ترکچوالي

Definisi : 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.cua.li] | ترکچوالي

Definisi : terasing (drpd peraturan dll); terpisah: Kanak-kanak ~ drpd peraturan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
excepted periodtempoh terkecualiinsuransTiadaTempoh selepas permulaan tarikh polisi apabila faedah penyakit tidak akan dibayar. Tujuan tempoh ini untuk mengecualikan penyakit sebenar yang dihidapi sebelum polisi berkuat kuasa. Ini berlainan daripada tempoh singkir dan tempoh tangguh.
innocent alarmpenggeraan tidak mudaratSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeputusan penaksiran isyarat penggera yang menyatakan kehadiran bahan nuklear atau bahan radioaktif lain adalah di bawah kawal selia atau dikecualikan atau terkecuali daripada kawal selia.

Kembali ke atas