Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.mu.dian] | ترکمودين

Definisi : selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.mu.dian] | ترکمودين

Definisi : di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
time gapbeza masaSukanLumba BasikalPerbezaan masa antara pelumba yang terpantas dengan pelumba yang terkemudian.
loss developmentperkembangan kerugianinsuransTiadaPerbezaan amaun kerugian di antara anggaran awal insurer dengan amaun dalam laporan penilaian pada tarikh terkemudian.
lifetime policypolisi sepanjang hayatinsuransTiada1. Polisi insurans hayat sementara yang dijamin pembaharuannya atau tidak boleh dibatalkan sehingga insured berumur 65 tahun atau tarikh terkemudian yang ditetapkan. 2. Polisi yang membayar faedah hilang upaya sepanjang hayat.
retirement income policypolisi pendapatan persaraaninsuransTiadaPolisi endowmen yang diubahsuai pada umur persaraan yang dipilih, yang menawarkan faedah anuiti mengikut peratusan nilai muka insurans hayat yang berkuat kuasa, biasanya sebanyak sepuluh peratus. Di bawah polisi ini, nilai tunai akan melebihi nilai muka pada tahun-tahun polisi yang terkemudian. Sekiranya kematian berlaku sebelum umur persaraan yang dipilih, faedah kematian adalah merupakan nilai muka atau nilai tunai mengikut mana lebih tinggi.

Kembali ke atas