Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ki.ra] | ترکيرا

Definisi : terhitung, terduga: ~ dua kali; tidak ~(-kira) a) tidak terhitung, sangat banyak; b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (ter­gambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ki.ra] | ترکيرا

Definisi : dpt dikira atau dpt dihitung; terhisab; terhitung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Puisi
 

Tengah hari sama ke hulu,
     Penat kaki tidak terkira;
Resah hati siapa tahu,
     Rindu dipendam dalam ketawa.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tabulated altitudealtitud berjadualMatematikTiadaAltitud jasad samawi, seperti yang diambil secara langsung daripada jadual altitud terkira, sebelum penentudalaman dibuat. Selepas dibuat pembetulan, maka barulah ia menjadi altitud terkira.
calculated addressalamat terkiraKejuruteraanTiadaTiada
computed build uptokokan terkiraKejuruteraanTiadaTiada
alveolar weatheringluluhawa alveolusGeologiTiadaLuluhawa kimia yang menyebabkan terbentuknya lubang-lubang yang tidak terkira jumlahnya pada permukaan batuan.
gurindamgurindamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah �Gurindam Dua Belas� karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam �Gurindam Dulu dan Kini� karya Khadijah Hashim: Dulu anak faham dijeling, Kini melawan ayah ditengking, Dulu ibu tiri jahat tak terkira, Kini ibu sendiri yang mendera. Dulu dilihat luas kebunnya, Kini dipandang banyak sahamnya. Dulu teruna riang di bendang, Kini mereka sibuk di kilang. Dulu mengkudu melacak di tanah, Kini dibotol minuman mewah.

Kembali ke atas