Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.kong.kong] | ترکوڠکوڠ

Definisi : terbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.kong.kong] | ترکوڠکوڠ

Definisi : terbelenggu; tersekat (bkn kebebasan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkongkong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paternalismpaternalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menekankan sistem pemerintahan yang memberi kuasa tertinggi kepada pemimpin untuk menguruskan masyarakat. Masyarakat ditadbir sebagai sebuah keluarga apabila pemimpin menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan asas. Dalam sistem ini, rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan kedudukan pemerintah, menuntut hak yang lebih dan bercakap soal politik. Hak sivil dalam masyarakat ini terkongkong walaupun mereka mendapat pelbagai kemudahan. Contohnya, sistem pemerintahan yang diamalkan di negara Arab Saudi.

Kembali ke atas