governor | pengawal imbang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang mengawal peranti lain berasaskan kelajuan dan beban. Dalam enjin diesel, peranti ini mengawal kuantiti bahan api yang dihantar ke penyuntik. Sekiranya kuantiti bahan api terlalu tinggi, enjin akan berputar terlalu laju, manakala bekalan bahan api yang terlalu sedikit akan menyebabkan enjin mati. Sinonim penguasa laju. |
guidance hypothesis | hipotesis panduan | Sains Sukan | Biomekanik | Ramalan yang menyatakan bahawa maklum balas luaran yang terlalu banyak diterima semasa menjalani latihan boleh menjejaskan proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Keadaan ini berlaku kerana situasi ini mengakibatkan pelatih terlalu bergantung pada maklum balas luaran yang menyebabkan kemahiran analisis kendiri tidak berkembang. Lihat juga kemahiran motor. |
very low calorie diet | diet terlalu rendah kalori | Sains Kesihatan | Tiada | Diet yang mengandungi kurang daripada 800 kalori sehari. |
cliche | klise | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah. |
emaciated | kurus kedengking | Sains Kesihatan | Tiada | Terlalu kurus. |
narcissism | narsisisme | Perubatan | Psikiatri | Seseorang yang terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri. |
hachneyed | lusuh | Kesusasteraan | Tiada | Stail penulisan yang terlalu biasa dan membosankan. Tema penulisan berkisar tentang perkara remeh-temeh yang kurang diberi perhatian oleh pembaca. Lihat juga klise. |
combat fatigue | lesu tarung | Perubatan | Psikiatri | Keadaan terlalu letih akibat tekanan, pertempuran atau peperangan. |
combat fatigue | lesu tarung | Perubatan | Psikiatri | Keadaan terlalu letih akibat tekanan, pertempuran atau peperangan. |
narcissist | pemuja diri | Psikologi | Tiada | Individu yang terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri. |