Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lam.pau] | ترلمڤاو

Definisi : sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lam.pau] | ترلمڤاو

Definisi : teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Puisi
 

Harap-harap makan dijerat,
     Ubi dimakan kerbau jantung;
Harap saya terlampau berat,
     Di manakah tempat hamba bergantung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Terlampau dikadang,
     mentah.

Bermaksud :

Kerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
xenophobiaxenofobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut yang terlampau terhadap orang yang tidak dikenali.
zoophobiazoofobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut yang terlampau terhadap haiwan.
acquired hearing losshilang pendengaran perolehanSains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran disebabkan oleh kejadian seperti kemalangan, pendedahan kepada bunyi yang terlampau kuat, atau pendedahan kepada bahan beracun.
anabasisanabasisKesusasteraanPuisiGaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ...
acidosisasidosisVeterinarTiadaKeadaan peningkatan asid atau penurunan kadar bes di dalam darah. Peningkatan asid boleh berlaku apabila makanan bijirin diberi kepada ternakan dengan terlampau banyak atau dalam keadaan ketosis, kelaparan dan uremia. Hal ini akan menjadi lebih teruk jika berlaku penyahhidratan. Kematian mengejut boleh berlaku pada ternakan ruminan yang mengalami asidosis jika diberi makanan bijirin secara mendadak.
critical heat flux (CHF)fluks haba gentingSains NuklearKejuruteraan ReaktorFenomena apabila perubahan fasa bahan penyejuk berlaku semasa pendidihan yang mengurangkan kecekapan pemindahan haba dan menyebabkan pemanasan setempat yang terlampau pada permukaan punca haba.
water jacketjaket airKejuruteraan AutomotifEnjinRuang di dalam blok dan kepala silinder yang membenarkan bahan pendingin mengalir melaluinya untuk menyejukkan enjin. Bahan pendingin tersebut akan menyerap haba daripada komponen dalam enjin dan memindahkan haba tersebut ke radiator. Pemindahan haba ini akan menyejukkan komponen tersebut bagi membolehkan enjin terus beroperasi dan mengelakkan enjin menjadi terlampau panas.
stratified chargecas perebakKejuruteraan AutomotifEnjinJenis pembakaran yang mengandungi amaun kecil campuran udara-bahan api yang lebih berdekatan dengan palam pencucuh, manakala kawasan yang jauh dari palam pencucuh mempunyai campuran kurang. Oleh itu, bahagian campuran lebih, dinyalakan terlebih dahulu dan kemudian merebak ke kawasan campuran kurang. Proses ini menyebabkan campuran udara-bahan api boleh dibakar walaupun campuran bahan api keseluruhannya terlampau kurang. Proses ini juga menyebabkan enjin menghasilkan suhu pembakaran yang rendah, kos bahan api lebih jimat dan mengurangkan bahan pencemar dalam gas ekzos.
oolant circulationkitaran pendinginKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang mengeluarkan haba dari enjin ke atmosfera dengan memaksa bendalir pendingin bergerak dalam satu kitaran aliran bendalir. Haba dari blok silinder dialirkan menggunakan bendalir pendingin dalam jaket air ke radiator, seterusnya dipam semula ke blok silinder. Suhu bendalir ini dikawal oleh termostat supaya tidak melebihi suhu spesifikasi, manakala tekanan bendalir dikawal oleh tukup tekanan radiator. Sistem ini juga bertujuan menghalang enjin daripada menjadi terlampau panas.
negative capabilitykemampuan negatifKesusasteraanTiadaKemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera.
12

Kembali ke atas