Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lan.tar] | ترلنتر

Definisi : 1. terletak di: berbulan­-bulan lamanya dia ~ di rumah sakit; 2. dlm keadaan yg tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar: anak yg dikasihinya itu begitu ~ dan terbiar di tengah-tengah masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lan.tar] | ترلنتر

Definisi : 1 terletak atau terbaring (di): Sudah lama ia ~ di rumah sakit tetapi penyakitnya belum juga sembuh. 2 terbengkalai atau tidak dikerjakan; terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terlantar
Kata Terbitan : terlantar, tertelantar,

Puisi
 

Menumbuk orang di Kampung Atar,
     Tembulat mengejut ayam;
Biar dulu kok terlantar,
     Di mana boleh sama dalam.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
permanent disabilityhilang upaya kekalinsuransTiadaKeadaan yang menyebabkan pihak tercedera mengalami hilang upaya kekal keseluruhan dan lumpuh keseluruhan atau terlantar sehingga tidak boleh bekerja dalam apa-apa juga pekerjaan. Istilah ini juga digunakan untuk kehilangan anggota badan seperti kaki, tangan, mata dan lain-lain.
usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�.

Kembali ke atas