trained personnel | individu terlatih | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Seseorang yang telah menerima latihan teori, amali dan latihan lain yang bersesuaian dan relevan dengan tugasnya. Latihan berterusan perlu diberikan dan keberkesanannya disemak secara berkala bagi memastikan kompetensi individu terlatih berada pada tahap yang baik. |
counselor | kaunselor | Pendidikan | Tiada | Profesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pendidikan, pengurusan dan lain-lain. Kaunselor bertindak sebagai pembimbing dengan memberikan maklumat dan cadangan untuk membantu klien mengenal pasti kebolehan diri serta melakukan perubahan dalam membuat keputusan dan menentukan matlamat. |
general physician | pakar perubatan am | Perubatan | Tiada | Doktor pakar terlatih yang menyediakan penjagaan kesihatan bukan pembedahan kepada pesakit dewasa bagi penyakit yang sukar, serius atau luar biasa. |
response forces | pasukan tindak balas | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Sekumpulan individu terlatih dan lengkap bersenjata di lokasi kejadian atau di lokasi lain untuk menangani percubaan pemindahan tanpa kebenaran atau tindakan sabotaj. |
confinement care centre | pusat jagaan ibu bersalin/pusat penjagaan ibu bersalin | Sosiologi | Tiada | Tempat yang dikendalikan oleh individu terlatih untuk menjaga ibu bersalin dan bayinya mengikut tempoh yang ditetapkan. |
herbarium | herbarium | Herba | Tiada | Tempat menyimpan koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang diawet dan dikelaskan secara sistematik. Tempat ini memiliki ciri bangunan, kemudahan, peralatan, kakitangan terlatih dan jaringan kepakaran yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, herbarium di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. |
arboretum | arboretum | Herba | Tiada | Kawasan yang ditanami dengan spesies tumbuh-tumbuhan tertentu untuk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan dan penyelidikan. Kawasan ini memiliki kemudahan, peralatan dan kakitangan terlatih yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, arboretum di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. |
external economy | ekonomi luaran | Ekonomi | Tiada | Penjimatan yang terjadi apabila operasi sesebuah firma atau tindakan seseorang individu boleh menghasilkan manfaat kepada pihak lain tanpa sebarang bayaran dikenakan. Misalnya, firma besar yang menyediakan latihan untuk pekerjanya akan mewujudkan ekonomi luaran apabila sebahagian pekerja terlatih itu bekerja dengan firma lain. |