Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.kat] | ترلکت

Definisi : melekat atau lekat pd, telah dilekat­kan: terkejutlah orang melihat gambar teman­-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~ kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlekat

Puisi
 

Pergi ke sana bulan mengambang,
     Menangkap ikan dalam telaga;
Lemak telur berlinang-linang,
     Sisik terlekat pada dada.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
attached X-chromosomekromosom X terlekatBiologiTiadaKromosom X luar biasa yang terdiri daripada cantuman dua kromosom X yang bertindak sebagai satu unit semasa meiosis. Kromosom ini dapat digunakan sebagai penanda.
meaningmaksudKesusasteraanPuisiErti yang terlekat pada sesuatu diksi, frasa, kalimat ataupun keseluruhan sebuah puisi, sama ada secara tersirat atau tersurat. Contohnya, puisi "Nafas Kemanusiaan" dan puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad.
trombustrombusKejururawatanTiadaBekuan darah yang terlekat di sepanjang dinding salur darah.
catchtampanPerpustakaanTiadaPlat logam berpalang yang terlekat kuat pada kekulit buku.
microarraymikrotatasusunanBioinformatikBioinformatik MolekulHimpunan tompokan fragmen DNA yang terlekat di atas permukaan cip kaca, yang direka bentuk secara khusus untuk analisis mikrotatasusunan. Tompokan fragmen DNA ini mewakili keseluruhan set gen sesuatu organisma yang tersusun dalam corak grid untuk kegunaan ujian genetik. Lihat juga analisis mikrotatasusunan.
hoodiebaju hudFesyenTiadaSejenis baju peluh atau jaket yang mempunyai penutup kepala yang terlekat pada bahagian belakang leher baju tersebut.
roll markcacat gulingKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKecacatan pada gelungan logam akibat serpihan logam yang terlekat pada pengguling.
gas-liquid chromatography (GLC)kromatografi gas cecair (KGC)KimiaKimia AnalisisTeknik kromatografi gas yang fasa pegunnya ialah cecair. Cecair ini biasanya terlekat pada dinding turus kromatografi atau tersalut pada pepejal berliang di dalam turus.
piston ringgelang ombohKejuruteraan AutomotifEnjinGelang yang diperbuat daripada keluli yang dipasang pada lurah omboh. Terdapat dua jenis gelang, iaitu gelang mampatan dan gelang minyak. Gelang mampatan bertujuan untuk membentuk kedap di antara piston dengan dinding silinder, manakala gelang minyak untuk menyingkir minyak pelincir yang terlekat pada dinding silinder supaya tidak memasuki kebuk pembakaran.
backfiresedakanKejuruteraan AutomotifEnjin1. Letupan yang berlaku dalam sistem ekzos akibat penyalaan campuran udara-bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya semasa lejang pembakaran. Sedakan biasanya berlaku ketika kenderaan dinyahpecut. 2. Letupan yang berlaku dalam pancarongga pengambilan akibat injap pengambilan tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan bunyi letupan keluar melalui saluran udara masukan. Letupan ini biasanya berlaku kerana pemasaan pencucuhan yang salah, wayar palam pencucuh yang di- pasang tidak mengikut jujukan nyalaan dan injap masukan yang terlekat.

Kembali ke atas