Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-­aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek­ bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Bukit runtuh sehari semalam,
     Kayu terlepas beribu ratus;
Sauhnya putus kapal tenggelam,
     Harapan kami jangan diputus.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decontrolled premisesharta terlepas kawalanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
vapour-recovery systemsistem pemulihan wapKejuruteraan AutomotifEnjinPemulihan wap bahan api cecair seperti gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung dalam karburetor dengan menggunakan sistem kawalan penyejatan. Sistem ini akan menghalakan wap tersebut ke kanister arang untuk mengelakkan gas terbebas ke atmosfera dan mencemarkan alam sekitar. Wap yang dipulihkan akan menjadi cecair dan dihantar ke enjin untuk dibakar.
blue smokeasap biruKejuruteraan AutomotifEnjinGas ekzos berwarna kebiru-biruan yang disebabkan pemba- karan minyak pelincir yang terlepas masuk ke dalam kebuk pembakaran dan bergabung dengan campuran udara-bahan api. Keadaan ini berlaku apabila gegelang omboh tidak boleh beroperasi sebagai pengendap yang sempurna. Minyak pelincir juga boleh memasuki kebuk pembakaran melalui pandu injap.
vapour-recovery systemsistem pemulihan wapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem kawalan pancaran pengewapan, yang akan memulihkan wap gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung karburetor.
evaporative control systemsistem kawalan penyejatanKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang menghalang wap bahan api dari tangki bahan api dan karburetor, daripada terlepas ke sekitaran semasa enjin dimatikan. Wap bahan api ini disimpan dalam kanister arang atau dalam kotak engkol enjin dan digunakan semula apabila enjin dihidupkan. Sistem ini merupakan penambahbaikan kepada sistem karburetor yang melepaskan wap ke sekitaran. Keadaan ini mengurangkan pencemaran alam sekitar.
overrunning clutchcekam larian lebihKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPemacu dalam motor pengengkol yang mengandungi cekam yang akan terkunci semasa mengengkol dan akan terlepas apabila enjin hidup.
positorquepelajak kilasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPemacu jenis Bendix yang membenarkan pinan dan angker berputar lebih laju selepas enjin dihidupkan supaya pinan terlepas daripada gigi roda tenaga.
ibaratibaratKesusasteraanPuisiSuatu bentuk puisi tradisional yang digunakan untuk mengumpamakan atau membandingkan sesuatu kenyataan dengan sesuatu kenyataan yang lain, seperti alam. Pada kebiasaannya penggunaan bentuk ini dimulakan dengan perkataan umpama, ibarat, laksana, bagai, seperti dan sebagainya. Contohnya, perumpamaan di bawah. Laksana telur sesangkar pecah sebiji pecah semua. lbarat burung, mata terlepas badan terkurung.
scavenging efficiencykecekapan pembilasan sisaKejuruteraan AutomotifEnjinKadar sapuan gas ekzos dari ruang pembakaran oleh campuran udara-bahan api. Proses ini berlaku semasa lejang pengambilan bermula dan lejang ekzos hampir berakhir pada enjin dua lejang. Kecekapan tinggi menghasilkan pembakaran lebih sempurna tetapi pembaziran bahan api berlaku kerana sebahagian campuran udara-bahan api terlepas keluar bersama ekzos.

Kembali ke atas