enhancer region | kawasan penggalak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Satu segmen DNA pendek (50 – 1500 bp) yang dapat diikat oleh protein pengaktif atau biasanya disebut sebagai faktor transkripsi, untuk meningkatkan kadar transkripsi gen tertentu. Segmen DNA pendek ini terletak sehingga 1 Mbp (1,000,000 bp) dari tapak permulaan sesuatu gen. |
bendul | bendul | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Pembahagi yang terletak di pintu antara ruang serambi dengan ruang tengah rumah tradisional Melayu. 2. Kayu keras yang dipasang di sekeliling bahagian luar atau dalam rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai pengikat rumah supaya rumah menjadi kukuh. |
quinone | kuinon | Herba | Pemiawaian | Kumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan ganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya berwarna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dengan kumpulan keton. Contoh ekstrak herba yang mengandungi sebatian kuinon ialah daun mengkudu (Morinda citrifolia). |
stator | pemegun | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Roda yang mempunyai bilah melengkung terletak di antara pam dengan turbin dalam unit penukar kilas. (2) Bahagian pegun yang mengelilingi pemutar yang bertindak sebagai medan dalam pengulang-alik. |
precinct | kawasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bahagian dari wilayah atau daerah kecil yang mempunyai sempadan yang jelas, dibahagi berasaskan fungsi pentadbiran, seperti kawasan pilihan raya, kawasan pengawasan polis atau kawasan mukim pentadbiran penghulu. Terdapat beberapa kawasan dalam satu wilayah yang lebih besar yang dibahagi mengikut fungsi pentadbiran ini yang lerletak bersebelahan atau berdekatan antara satu dengan yang lain. Satu kawasan ini mempunyai penduduk, sekolah, tempat ibadat, pasar dan kawasan perniagaannya sendiri. Contohnya, bangunan pentadbiran utama termasuk Pejabat Perdana Menteri terletak dalam Presint 1 Putrajaya. |