Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.li.bat] | ترليبت

Definisi : 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.li.bat] | ترليبت

Definisi : termasuk atau terbabit dlm sesuatu hal: Tengku Kudin telah ~ juga dlm peperangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
libat
Kata Terbitan : melibat, melibatkan, terlibat,

Peribahasa

Termasuk ke dalam belukar onak.

Bermaksud :

Terlibat dalam kesukaran dan tidak dapat melepaskan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heterochromatinheterokromatinBiologiHistologi dan SitologiKromatin atau bahagian kromosom yang jelas berwarna asas pada tahap interfrasa, mempunyai gen yang tidak terlibat langsung atau terlibat sedikit dengan kegiatan genetik dan menjadi kandungan utama heterokromosom. Biasanya heterokromatin kromosom seks, terutama kromosom Y kebanyakan haiwan, mempunyai kawasan yang luas.
reproductive systemsistem pembiakanPerubatanTiadaSistem tubuh yang terdiri daripada organ dan struktur yang terlibat dengan pembiakan. Pada lelaki, antara struktur yang terlibat ialah testis, vesikel mani dan prostat, manakala pada wanita pula struktur yang terlibat ialah vulva, faraj, rahim dan ovari.
cooperative advertisementiklan kerjasamaKomunikasiKorporatSalah satu kaedah pengiklanan barangan atau perkhidmatan yang kosnya ditanggung secara bersama antara pihak yang terlibat. Bagi pengiklanan barangan, contoh pihak yang terlibat ialah pengilang, pengedar, pemborong, peruncit, dan pembekal. Selain bertujuan untuk mengurangkan kos, iklan kerjasama juga dapat membantu memberikan ruang publisiti dan promosi kepada semua pihak yang terlibat dalam pemasaran barangan, terutamanya jika syarikat yang terlibat ialah syarikat besar yang berwibawa. Iklan kerjasama mempunyai faedah seperti yang berikut: (i) Memberikan peluang kepada syarikat kecil dan kurang ternama untuk mendapat publisiti dan promosi barangan yang luas dengan kos pengiklanan yang rendah bersama-sama syarikat yang lebih besar dan berjaya. (ii) Syarikat yang terlibat boleh membantu antara satu sama lain dalam pembiayaan kos pengiklanan. Contohnya, publisiti mengenai projek karnival Jom Heboh oleh perkhidmatan stesen penyiaran swasta yang bukan sahaja ditaja oleh stesen berkenaan, tetapi juga oleh syari
unproductive labourburuh tak produktifEkonomiTiadaBuruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif.
belligerentpihak berperangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaIndividu, kumpulan, negara atau entiti lain yang bermusuhan dan terlibat dalam pertempuran. Terdapat negara yang sering terlibat dalam peperangan dengan menggunakan hujah bahawa mereka berhak mempertahankan diri seperti mana yang termaktub dalam Perkara 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Undang-undang antarabangsa memperuntukkan hak dan tanggungjawab tertentu kepada dua atau lebih entiti, amnya negara berdaulat yang terlibat dalam peperangan.
artistsenimanKomunikasiTiada1. Individu yang terlibat dalam aktiviti yang bersifat kesenian seperti pelukis, pereka pakaian dan sebagainya. 2. Individu yang terlibat dalam aktiviti persembahan seperti penyanyi, pelakon, jurusolek, pelawak dan penari. 3. Persatuan Artis-artis Filem Malaysia.
broadcastersiarawanKomunikasiTiadaIndividu yang terlibat secara langsung dalam aktiviti merancang, menyediakan dan menyiarkan rancangan untuk disalurkan melalui media elektronik. Ini termasuklah mereka yang terlibat dalam melaksanakan dasar penyiaran.
insurance riskrisiko insuransPentadbiran PerniagaanTiadaBahaya yang terlibat dalam penginsuransan harta. premium atau kos insurans menunjukkan tahap risiko atau bahaya yang mungkin terlibat.
Ig. Insurance riskrisiko insuransPentadbiran PerniagaanTiadaBahaya yang terlibat dalam penginsuransan harta. Premium atau kos insurans menunjukkan tahap risiko atau bahaya yang mungkin terlibat.
cyclooxygenasesiklooksigenaseHerbaFitokimiaEnzim yang terlibat dalam langkah pengoksidaan substrat dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Enzim ini bertindak ke atas asid arakidonik untuk menghasilkan sebatian leukotriena dan prostaglandin yang terlibat dalam proses keradangan. Kebanyakan sebatian semula jadi seperti kurkuminoid, flavonoid dan kalkonoid yang terdapat dalam tumbuhan terutamanya tumbuhan ubatan dan sayur-sayuran, memberikan kesan menghalang berlakunya aktiviti enzim ini. Oleh itu, enzim ini berguna untuk mencegah keradangan.
12345678910...

Kembali ke atas