binary system | sistem perduaan | Matematik | Tiada | Sistem nombor yang menggunakan 2 sebagai asas. Dalam sistem ini, hanya digit 0 dan 1 terlibat. Subskrip 2 digunakan untuk menunjukkan nombor berasaskan 2. Contoh: 102 ialah dua, 112 ialah tiga, 1002 ialah empat, 1012 ialah lima, dan seterusnya. 10112 = 1 x 23 + 0 x 22 + 1 x 21 + 1 x 20 = 11. |
artist | seniman | Komunikasi | Tiada | 1. Individu yang terlibat dalam aktiviti yang bersifat kesenian seperti pelukis, pereka pakaian dan sebagainya. 2. Individu yang terlibat dalam aktiviti persembahan seperti penyanyi, pelakon, jurusolek, pelawak dan penari. 3. Persatuan Artis-artis Filem Malaysia. |
haemolymph | hemolimfa | Biologi | Entomologi | Darah serangga yang plasmanya biasanya berwarna kuning dan mempunyai nilai pH 6.4-6.8 serta dan tentu 1.030-1.045. Darah ini mengandungi pelbagai jenis hemosit, asid amino bebas, ion natrium dan kalium, dan trebalosa (gula darah). Darah ini tidak terlibat dalam respirasi, kecuali pada serangga akuatik. Darah ini berfungsi sebagai pembawa bahan metabolisme, bahan perkumuhan, dan nutrien. Bahan lemak diangkut dalam bentuk digliserida. |
above the line/ below the line | atas garisan / bawah garisan | Komunikasi | Korporat | 1. Garis pemisah, penentu jenis autoriti dan pelaksanaan organisasi. Jenis autoriti yang terlibat dalam menentukan dasar, perancangan, penentuan konsep dan pembuatan keputusan terkandung dalam kelompok atas garisan. Jenis autoriti yang terlibat dalam melaksanakan keputusan pula tergolong dalam kelompok bawah garisan. 2. Kaedah mengenali jenis aktiviti promosi barangan dan perkhidmatan. Aktiviti perancangan promosi yang melibatkan pendekatan 4P (product, place, price dan promotional) dikenali sebagai aktiviti atas garisan (A/L). Pendekatan 4P memberikan keutamaan kepada aspek perancangan barangan, tempat, harga, dan promosi termasuk perancangan pengiklanan. Aktiviti promosi diperingkat pelaksanaan yang melibatkan pengguna dan barangan pula dikenali sebagai aktiviti bawah garisan (B/L). Aktiviti bawah garisan ini dilaksanakan terus kepada pengguna. Contohnya, aktiviti yang bersifat pertandingan yang dikaitkan dengan barangan dan perkhidmatan, pemberian lebihan barangan dengan harga yang sama atau promosi beli |
osteoclast | osteoklas | Perubatan | Tiada | 1. Sel berbilang nukleus yang terlibat dalam proses penyerapan semula tulang. Sel ini menjadi sangat aktif dengan adanya hormon paratiroid sehingga dapat menyebabkan kelarutan tulang dan pelepasan garam tulang (fosforus dan terutamanya kalsium) ke dalam cecair luar sel. 2. Alat yang digunakan dalam pembedahan fraktur atau pemfrakturan semula tulang. |
degree | darjah; darjat | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Darjah: Bilangan entiti yang terlibat dalam sesuatu perhubungan dalam gambar rajah hubungan entiti. |
lysozyme | lisozim | Bioteknologi | Tiada | Enzim yang terlibat di dalam hidrolisis pada rangkaian N-asetilmuramil-α-(1-4)-N-asetil glukosamina dalam peptidoglikan. Enzim ini bersifat bakterisid dan mempunyai berat molekul 14 500 dengan nilai pH 11. Lisozim terdapat dalam putih telur, susu, air mata atau sel makrofaj polimorf. Lisozim dikenali juga sebagai enzim N-asetil muramidase. |
dead space | ruang mati | Perubatan | Tiada | 1. Isi padu udara di dalam paru-paru yang tidak terlibat dalam pertukaran udara. 2. Ruang yang tertinggal apabila luka tidak ditutup dengan lengkap. |
cooker | pemasak; dapur; alat masak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pemasak: Orang yang memasak atau terlibat dalam proses memasak makanan.,2. Alat untuk memasak.,Alat masak: Peranti, periuk belanga dan peralatan lain untuk memasak. |
divisor | pembahagi | Matematik | Tiada | 1. Nombor bulat (atau polinomial) yang boleh membahagi tepat nombor bulat (atau polinomial) yang lain. 2. Nombor yang terlibat dalam sesuatu pembahagian. |