Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.maÖ.lum]/[ter.ma/.lum] | ترمعلوم

Definisi : sudah dimaklumi, sudah dike­tahui; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
informed consentpersetujuan termaklumHerbaPeraturan dan PemasaranProses mendapatkan keizinan daripada subjek manusia yang hendak mengambil bahagian dalam ujian klinikal secara sukarela setelah dimaklumkan tentang segala aspek ujian yang relevan dengan subjek. Persetujuan termaklum didokumenkan dalam borang persetujuan bertulis, ditandatangani dan bertarikh.
imputed noticenotis termaklumPenilaian Harta TanahTiadaTiada
premium discount planpelan premium berdiskauninsuransTiadaPelan yang terdapat dalam pengkadaran tertentu yang memberi pengurangan premium berdasarkan peratusan tertakluk pada jumlah premium tersebut. Contoh: dalam insurans pampasan pekerja sudah termaklum bahawa kos bagi mengeluarkan dan perkhidmatan sesuatu polisi berkurangan apabila amaun premium bertambah. Dengan isu, pelan tersebut memberi pemegang polisi kemudahan pengurangan ini.
Institutional Review BoardLembaga Peninjau InstitusiHerbaPeraturan dan PemasaranSebuah badan bebas yang terdiri daripada ahli perubatan, sains dan bukan sains. Lembaga Peninjau Institusi bertanggungjawab memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal. Lembaga ini mengkaji semula, meluluskan dan menyediakan kajian berterusan terhadap protokol ujian dan pindaan serta kaedah dan bahan yang akan digunakan bagi mendapatkan dokumen persetujuan termaklum daripada subjek ujian.
Independent Ethics Committee (IEC)Jawatankuasa Etika Bebas (IEC)HerbaPeraturan dan PemasaranBadan bebas pada peringkat institusi atau kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal dan memberi jaminan kepada orang ramai mengenai perlindungan ini. Jawatankuasa Etika Bebas terdiri daripada ahli profesional perubatan atau ahli sains sahaja. Jawatankuasa ini bertindak menilai dan mengesahkan protokol ujian klinikal, kesesuaian penyelidik, kemudahan, kaedah dan bahan yang digunakan untuk mendapatkan dan mendokumenkan persetujuan termaklum yang diperoleh daripada subjek ujian klinikal.

Kembali ke atas