Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.mam.pat] | ترممڤت

Definisi : dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata termampat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air springpegas udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas boleh lentur yang diisi dengan udara termampat dalam sistem gantungan, yang boleh termampat untuk menyerap kejutan beban pada tayar di atas permukaan jalan raya.
cylinder leakage testerpenguji kebocoran silinderKejuruteraan AutomotifEnjinAlat penguji tahap kekedapan silinder enjin. Alat ini memasukkan udara termampat bertekanan sangat tinggi ke dalam silinder enjin melalui lubang palam pencucuh. Dalam keadaan ini, semua injap tertutup dan omboh berada di kedudukan takat terakhir atas di hujung lejang mampatan. Semasa ujian ini, peratusan udara termampat yang bocor diukur dan lokasi ke- bocoran dikenal pasti. Sinonim penguji mampatan silinder.
rebond mattresstilam busa termampatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
streaming mediamedia penstrimanTeknologi Maklumate-PembelajaranPenghantaran kandungan audio atau video dalam bentuk termampat secara berterusan dan efisien menerusi Internet oleh aplikasi pelayan seperti Java dan dimainkan serta-merta dalam masa nyata dengan menggunakan aplikasi pemain media pengguna seperti Vimeo, AV Player dan YouTube.
air transformerpengubah udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTangki untuk menghapuskan kandungan minyak dan air dalam udara termampat.
spark ignitionpencucuhan bunga apiKejuruteraan AutomotifEnjinProses pencucuhan bahan api untuk memulakan pembakaran campuran udara-bahan api termampat semasa lejang mampatan yang dimulakan oleh bunga api dari palam pencucuh. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin gasolin. Singkatan SI.
air pumppam udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk memampatkan udara dalam sistem pancitan udara. Udara yang termampat ini digunakan untuk mengawal pancaran ekzos.
spark ignition engineenjin pencucuhan bunga apiKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin yang menggunakan palam pencucuh untuk memulakan pembakaran campuran udara-bahan api termampat semasa lejang mampatan. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin gasolin.
gas-turbine engineenjin turbin gasKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin yang mempunyai aci keluaran yang diputarkan oleh daya hasil daripada pengembangan gas akibat pembakaran bahan api gas dengan udara termampat secara berterusan. Aliran gas ini mengalir merentasi bilah turbin berkelengkungan tertentu yang dipasang pada aci mengikut aturan tertentu dan arah aliran ditetapkan oleh bilah pandu. Tindakan ini seterusnya memusingkan aci keluaran dan menghasilkan kuasa.
nanosilicatenanosilikatFizikNanoteknologiBahan silika yang mempunyai struktur berliang yang banyak dan keluasan permukaan beberapa ratus meter persegi per gram. Contohnya, silikon dioksida (SiO2) berliang yang dapat disediakan dengan saiz liang berukuran beberapa mikrometer hingga mencapai 1 nm mengikut keperluan industri. Sifatnya yang utama adalah mempunyai ketahanan dan kestabilan haba, mekanik dan kimia disebabkan oleh rangkaian silika yang tegar dan tak termampat yang tinggi. Antara penggunaannya ialah sebagai pemangkin untuk mengasingkan bahan cemaran udara, reaktor membran dan sensor.
12

Kembali ke atas