production peak | puncak pengeluaran | Veterinar | Tiada | Jangka masa pengeluaran tertinggi dalam tempoh keseluruhan pengeluaran telur atau susu yang dihasilkan oleh ternakan. Pada ternakan seperti ayam penelur, puncak pengeluaran telur biasanya berlaku pada umur 28 hingga 33 minggu dengan penghasilan melebihi 78%. Bagi haiwan tenusu, tempoh ini berlaku pada bulan kedua selepas melahirkan anak. |
growth rate | kadar tumbesaran | Perikanan | Akuakultur | Kadar pertambahan berat badan sesuatu ternakan berbanding dengan tempoh masa ternakan dijalankan. Kaedah pengiraan menggunakan purata berat akhir ternakan ditolak dengan purata berat awal dan dibahagi dengan bilangan hari ternakan (g/hari). (MAKAN, TERNAK) |
body condition score | skor keadaan badan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Satu kaedah pengurusan ternakan dalam menentukan kandungan relatif lemak badan pada haiwan ternakan hidup. Skor keadaan badan dapat membantu penternak pada peringkat pembiakan ternakan betina serta peringkat penggemukan. Contohnya, dalam ternakan lembu pedaging, skor 1 hingga 9 digunakan. Perubahan pada skor keadaan badan juga boleh digunakan sebagai petunjuk sama ada nutrien yang dibekalkan berpadanan dengan keperluan ternakan tersebut. |
feed conversion ratio (FCR) | nisbah penukaran makanan (FCR) | Perikanan | Akuakultur | Jumlah makanan yang diambil oleh ternakan sepanjang tempoh ternakan dibandingkan dengan kadar pertumbuhan atau peningkatan berat badan yang diperoleh hasil daripada pengambilan makanan tersebut. Keadaan ini menunjukkan kecekapan haiwan dalam mengubah makanan kepada peningkatan berat badan. Nilai yang rendah menunjukkan kadar penukaran yang cekap atau tinggi, dan secara tidak langsung menunjukkan kualiti makanan yang baik. Nilai ini dipengaruhi oleh kualiti makanan, spesies, jantina, umur, pengurusan pemberian makanan dan sistem ternakan. Nilai ini ialah kebalikan daripada kecekapan penukaran makanan. |
fish health management | pengurusan kesihatan ikan | Perikanan | Akuakultur | Amalan mengawal selia aktiviti ternakan pada peringkat pembenihan, asuhan dan ternakan untuk mencegah penyakit ikan serta memastikan kesihatan ikan berada dalam keadaan optimum untuk diternak. Kebiasaannya, amalan ini melibatkan pengurusan dari segi persekitaran air, spesies ikan dan patogen. Contohnya, memastikan kualiti air berada dalam julat sesuai untuk ternakan, ketiadaan patogen dalam kawasan ternakan dan kualiti benih yang tinggi. |
starter feed | makanan permulaan | Perikanan | Tiada | Makanan formulasi ternakan dalam saiz yang halus dan kecil dan kebiasaannya dalam bentuk peroi. Makanan permulaan digunakan pada peringkat awal ternakan di dalam kolam atau sangkar. Kandungan nutrisi bagi makanan ini lebih tinggi berbanding pada peringkat lain ternakan dan harganya juga lebih mahal. |
livestock transit insurance | insurans transit ternakan | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi kerugian akibat kematian atau kecacatan ternakan akibat kemalangan ketika dalam perjalanan melalui kereta api , lori atau apa juga bentuk pengangkutan. |
domestication | domestikasi | Perikanan | Akuakultur | Pemindahan ternakan haiwan akuatik dari habitat liar ke sistem ternakan yang terkawal. Haiwan akuatik tersebut dipelihara supaya boleh hidup dalam keadaan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utama domestikasi adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan akuakultur. Contohnya, ikan siakap atau udang harimau dari perairan semula jadi yang dipindahkan untuk diternak di dalam tangki atau kolam. |
livestock mortality insurance | insurans kemortalan ternakan | insurans | Tiada | Polisi yang bentuknya sama seperti insurans hayat tetapi khusus untuk binatang ternakan. |
intensive culture | kultur intensif | Perikanan | Akuakultur | Sistem ternakan ikan berkepadatan tinggi yang menggunakan kaedah operasi ternakan terkawal. Contohnya, kadar pemberian pemakanan yang mencukupi, iaitu sebanayk 10% – 5% daripada jumlah berat badan dan parameter kualiti air seperti oksigen terlarut, pH, suhu dan saliniti yang optimum. |