forced displacement | perpindahan terpaksa | Kependudukan | Tiada | Keadaan apabila penduduk di sesuatu tempat dipindahkan secara paksa akibat penganiayaan, konflik, keganasan umum atau pelanggaran hak asasi manusia. |
captive market | pasaran tawan | Pentadbiran | Tiada | Kumpulan pembeli yang terpaksa membeli sesuatu keluaran kerana ketiadaan pembekal pilihan. |
climate change refugee | pelarian perubahan iklim | Alam Sekitar | Tiada | Individu atau komuniti yang terpaksa berpindah meninggalkan rumah mereka secara tiba-tiba, disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim. Sinonim pelarian iklim. |
suzerainty | pertuanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan politik di sebuah atau beberapa negara yang terpaksa tunduk dan akur kepada penguasaan sebuah negara yang lebih besar dan kuat. Keakuran ini banyak melibatkan hal-hal luar negara dan perdagangan antarabangsa, manakala hal ehwal dalam negara tidak tertakluk kepada kuasa besar tersebut. |
repression | penekanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk. |
work in progress cover | perlindungan kerja sedang berlangsung | insurans | Tiada | Insurans kredit yang melindungi pengeluar akibat menanggung perbelanjaan atau terpaksa mengikat kontrak dengan pembekal ke atas kemungkinan bakal pembeli keluarannya. |
absence | ketidakhadiran | Kesusasteraan | Tiada | Kelompangan yang wujud dalam sesebuah teks sastera. Pada zahirnya, sesebuah teks dilihat sebagai sebuah entiti yang lengkap, tetapi sebenarnya terdapat beberapa kelompongan. Hal ini demikian kerana pemilihan perkataan oleh pengarang menyebabkan perkataan lain terpaksa dilenyapkan. Apabila terbitnya karya Pierre Macherey bertajuk Pour une Theorie de la Production Litteraire yang diterjemahkan sebagai A Theory of Literary Production, konsep ketidakhadiran ini semakin mendapat perhatian para pengkritik. Menurut Macherey, setiap perkataan yang dipilih oleh karyawan tertera dalam sesebuah teks, bermakna perkataan lain terpaksa dinyahkan. Jacques Derrida pula berpendapat bahawa setiap garapan oleh pengarang dipilih berdasarkan kehadiran khalayak dan pilihan tersebut bertujuan membawa khalayak kepada ideologinya. Perbuatan mengesan kelompangan dalam sesebuah teks merupakan strategi untuk menyelongkar ideologi teks tersebut. Sigmund Freud menamakan ketidakhadiran ini sebagai The Unconscious, iaitu penganalisis boleh membongkar psikologi di sebalik kelompongan teks. Contohnya dalam Sejarah Melayu, suara wanita tidak kedengaran. Situasi ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa wanita tidak penting dalam pembentukan kerajaan Melayu, tetapi jika diteliti, ketidakhadiran wanita tersebut akan dapat mendedahkan ideologi patriarki feudalisme ketika itu. |
dependency | kebergantungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Wallerstein. |
hellaflush | perendahan kereta | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Trend pengubahsuaian kereta yang bertujuan untuk merendahkan kereta serendah yang mungkin dengan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar sehingga menyebabkan tayar terpaksa ditarik menjadi kangkang ketika dipadankan dengan rim. Sistem suspensi kereta diubah suai bagi menampakkan tayar merapat ke ruang roda dan juga sudut kamber diubah kepada sudut lebih negatif bagi merendahkan lagi kereta tersebut sehingga menampakkan tayar kangkang. Lihat juga tayar kangkang. |
hellaflush | perendahan kereta | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Trend pengubahsuaian kereta yang bertujuan untuk merendahkan kereta serendah yang mungkin dengan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar sehingga menyebabkan tayar terpaksa ditarik menjadi kangkang ketika dipadankan dengan rim. Sistem suspensi kereta diubah suai bagi menampakkan tayar merapat ke ruang roda dan juga sudut kamber diubah kepada sudut lebih negatif bagi merendahkan lagi kereta tersebut sehingga menampakkan tayar kangkang. Lihat juga tayar kangkang. |