melancholy | sayu | Kesusasteraan | Puisi | Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina. |
downlight | lampu tumpu bawah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu kecil yang terpancar terus ke bawah. Lampu ini dipasang ke dalam, di atas permukaan atau tergantung. Lampu tumpu bawah biasanya digunakan untuk mempertingkatkan kecerahan pada sesuatu ruang. |
canon | kanun | Kesusasteraan | Puisi | Satu bentuk puisi yang agung. Ukuran keagungannya bukan terpancar hanya pada isi tetapi juga teknik pengucapan pemikiran. Istilah ini berasal daripada kata Yunani Kanoon yang bermakna kayu ukur, contoh, norma, daftar dan hukum. |
densitometer | densitometer | Kimia | Kimia Analisis | Alat untuk mengukur ketumpatan optik dengan mengukur cahaya yang terpancar atau cahaya yang dibalikkan. |
dosimetry | dosimetri | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Penentuan amaun, kadar, dan taburan sinaran yang terpancar daripada sumber sinaran pengionan. |
high resolution transmission electron microscopy (HRTEM) | mikroskopi elektron penghantaran resolusi tinggi (HRTEM)� | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah pengimejan yang menggunakan kedua-dua alur terpancar dan terserak untuk membina imej antara muka. |
collimator | kolimator | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Peranti yang digunakan untuk mengehadkan alur sinaran pengion ke atas bahan uji. Peranti ini bertindak untuk mengurangkan sinaran daripada terpancar ke arah yang tidak dikehendaki untuk tujuan keselamatan kepada pekerja sinaran dan orang awam. |
Beer-lambert law | Hukum Beer-lambert | Kimia | Kimia Analisis | Hukum yang menyatakan amaun cahaya atau tenaga sinaran yang diserap atau dipancar oleh suatu larutan adalah merupakan fungsi eksponen kepekatan spesies penyerap di dalam larutan itu dan panjang laluan optiknya. [ I = log Ioe-kcl, I0 = keamatan sinaran asal, I = keamatan sinaran terpancar, k = pemalar keserapan, c = kepekatan, l = panjang laluan optik] Ia boleh diringkaskan sebagai A = Io/I = kcl dengan A ialah serapan, k ialah keserapan molar dan diberi simbol E apabila kepekatan c dalam unit molar. |
humanism | humanisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea �subjek� yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai �subjek�, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri. |