reflectometer | reflektometer | Kimia | Kimia Analisis | Alat yang mengukur nisbah tenaga gelombang terpantul terhadap gelombang tuju dalam sebarang sistem fizik. |
Compton scattering | penyerakan Compton | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi dengan elektron pada orbit yang paling luar. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Tenaga foton menjadi berkurangan menyebabkan sinar tersebut bertenaga rendah. Penyerakan Compton ini ditemui oleh Arthur Holly Compton. |
photoelectric effect | kesan fotoelektrik | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga dari 0.01 MeV hingga 0.5 MeV dengan elektron yang berdekatan nukleus. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Kesan fotoelektrik boleh berlaku pada bahan yang bernombor atom tinggi. |
confocal optical microscopy (COM) | mikroskopi optik sefokus (COM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kontras (kejelasan) imej pada mikroskop, terutama pada sampel/bahan uji yang tebal. Sampel/bahan uji akan disinari oleh cahaya sefokus. Cahaya sefokus terbentuk apabila cahaya tersebut melalui lubang (pinhole). Cahaya daripada sampel/bahan uji tersebut kemudiannya terpantul semula dan dikesan oleh alat pengesan. |