dominant impression | kesan utama | Kesusasteraan | Puisi | Kesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman! |
breed evaluation criteria | kriteria penilaian baka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ciri terpenting pada haiwan ternakan yang dipilih oleh pengeluar untuk pembiakan. Kriteria penilaian baka harus khusus bagi sesuatu ciri, boleh diukur dan tercapai. Kriteria ini lazimnya bergantung rapat dengan keuntungan yang akan dihasilkan oleh setiap trait yang dipilih. |
systemic virus | virus sistemik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang hanya bertumpu kepada fail sistem yang terpenting pada sistem pengendalian komputer yang dijangkitinya, ataupun kepada atur cara CMOS komputer tersebut. Fail sistem ini mengawal pengagihan sumber sistem seperti ruang storan, ingatan utama, keutamaan pemprosesan, dan hak capaian. Virus sistemik boleh mengarahkan supaya sumber sistem komputer bertumpu kepada proses tertentu sahaja dengan menjangkiti fail sistem. |
chlorophyll | klorofil | Perikanan | Akuakultur | Pigmen berwarna hijau yang terdapat pada sianobakteria dan kloroplas pada alga dan tumbuhan. Klorofil merupakan biomolekul terpenting yang membolehkan tumbuhan menyerap tenaga daripada cahaya pada jarak gelombang violet-biru dan cahaya oren-merah. Klorofil bukannya molekul tunggal tetapi terdiri daripada kumpulan molekul berkaitan yang ditanda sebagai klorofil A, B, C, dan D. Klorofil A merupakan molekul yang dijumpai dalam semua sel tumbuhan dan dominan. Oleh itu, kepekatannya selalu digunakan semasa analisis klorofil. Klorofil D pula hanya dijumpai dalam alga merah laut, manakala klorofil B dan C kebiasaannya terdapat di perairan air tawar. |
nanotechnology | nanoteknologi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Cabang sains yang memberikan tumpuan kepada jirim bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah semakin menjadi kecil objek, semakin besar nisbah antara luas permukaan dengan isi padu. |
formalism | formalisme | Kesusasteraan | Tiada | Kajian bentuk teks secara rapi. Kajian ini bertumpu pada aspek struktur seperti meter, rima, teknik penceritaan dan lain-lain. Pemikiran formalisme berkait rapat dengan linguistik kerana cara menganalisis bahan secara saintifik yang diamalkan dalam bidang linguistik diterapkan dalam bidang sastera. Menurut pemikiran formalisme, penulisan sastera menggunakan bahasa dengan cara yang istimewa, iaitu berbeza dengan bahasa harian. Konsep ini dikenali sebagai defamiliarisation atau penganehan. Aliran formalisme bermula di Rusia semasa Revolusi 1917. Ahli pemikir formalisme amat berpengaruh pada dekad dua puluhan di Rusia tetapi gerakan mereka diharamkan Antara tokoh formalisme Rusia yang terpenting ialah Victor Shklovsky, Boris Tomashevsky, dan Boris Eichenbaum. Lihat juga penganehan. |
kabbalah | kabbalah | Kesusasteraan | Tiada | Pengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi. |
magical realism | realisme magis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik. |