Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ping.gir] | ترڤيڠݢير

Definisi : ki sudah diketepikan kerana di­anggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpinggir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
desolation(rasa) terpinggirKejururawatanTiadaPerasaan disingkirkan dan diabaikan yang dirasai oleh pesakit.
microaggressionlangsang mikroPsikologiTiadaCercaan secara halus yang selalunya tidak disengajakan terutamanya terhadap ahli minoriti atau kumpulan terpinggir.
minorityminoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang lebih kecil berbanding dengan kelompok lain dalam sesebuah masyarakat. Dalam konteks sosial dan politik, minoriti tidak membawa makna bilangan sahaja tetapi juga kedudukannya yang lebih terpinggir, tidak mendapat keutamaan, tidak berkuasa, dan sering dieksploitasi. Golongan minoriti mempunyai semangat kekitaan dan sentimen yang kuat. Semangat ini dilahirkan sama ada melalui latar budaya, bahasa, agama, adat atau tradisi yang sama. Golongan minoriti juga terbentuk melalui penghijrahan satu kelompok ke negara lain seperti minoriti India di Malaysia atau kesan daripada struktur masyarakat yang sedia majmuk apabila kaum yang kecil saiznya dianggap sebagai minoriti seperti Melayu di Thailand dan Champa di Cambodia.
discriminationdiskriminasiSains PolitikPolitik PerbandinganAksi, tindakan, layanan atau proses yang berat sebelah kepada kelompok tertentu. Amalan ini wujud disebabkan oleh perbezaan sosial seperti kasta, kelas, etnik, agama, warna kulit, bahasa dan budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dominasi sosial yang berasaskan kepada perbezaan tersebut menyebabkan muncul perasaan terpinggir, penafian dan kekecewaan oleh kelompok yang didominasi. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila tindakan diskriminasi ini dijelmakan dalam bentuk dasar sosial, politik dan ekonomi yang dilihat hanya menguntungkan kelompok dominan. Contohnya, etnik kulit hitam di Afrika Selatan yang didiskriminasi oleh pemerintah kulit putih sewaktu rejim Aparteid.

Kembali ke atas