Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sa.dai] | ترساداي

Definisi : 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 2. terletak di tempat yg lebih tinggi (perahu), terkandas, terdampar: tinggallah perahu yg dua buah ~ di atas batu; 3. Mn tidak laku (barang-barang jualan, anak dara yg tidak dipinang orang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sadai
Kata Terbitan : bersadai, menyadaikan, tersadai,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
icebergaisbergSains MarinTiadaBongkah ais yang besar dan terapung atau tersadai, lebih daripada lima meter tingginya dari atas aras laut dan telah terpisah daripada glasier atau bentukan pentas ais.
desert island fictionfiksyen pulau tanpa penghuniKesusasteraanTiadaFiksyen yang menggunakan pulau yang terpencil sebagai latar tempat dan plot fiksyen tersebut. Dalam fiksyen atau cereka ini, pulau digunakan sebagai latar tempat, sesuai dengan kedudukannya yang terpencil dan jauh daripada dunia realiti. Fiksyen ini mengisahkan seorang watak utama yang tersadai di sebuah pulau yang terpencil. Watak tersebut menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan yang mengajarnya untuk mengenal diri. Dari segi sejarah, genre sastera ini lahir dan diperkenalkan oleh Defoe melalui karya Robinson Crusoe pada tahun 1719. Kemudian genre ini menjadi sesuatu yang universal dengan bentuk penceritaan atau plot yang hampir sama. Pada tahun yang sama, Defoe menerbitkan sambungan karyanya yang pertama berjudul The Further Adventure of Robinson Crusoe. Karya ini diadaptasikan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Perancis dan Jerman, contohnya The Swiss Family Robinson (1814). Karya ini jug diadaptasikan ke dalam karya kanak-kanak seperti The Young Islanders (1841) karya J. Taylor. Dalam proses mengadaptasikan Robinson Crusoe, mempunyai beberapa persamaan dengan karya berjudul Hayy ibn Yaqzan oleh Ibn Tufayl, sasterawan Arab Andalus dari sudut latar tempat pulau dan tema pencarian diri. Dalam sesetengah karya, pulau dianggap tempat yang bersih, manakala dalam karya lain, pulau dianggap sudah tercemar.

Kembali ke atas